Selama ni aku baca kisah sadis orang. Korang kene bersyukur sebab kisah aku lebih sadis berbanding kisah yang ada. Aku dah kawen 5 tahun. Tapi aku baru je tau selama ni laki aku simpan perempuan lain selama 5 tahun yakni sepanjang perkahwinan kitorang. Kitorang kawen atas dasar cinta (aku prasan sendiri kot) sebab baru aku tau sebenarnya cintaku bertepuk sebelah tangan.
Masa tunang (tahun 2012), kantoi dia pernah bawak balik perempuan (keje satu kilang dia). Kantoi dorang salu dating berdasarkan mesej. Bod0hnya aku pergi maafkan sebab dia minta maaf dan janji tak buat lagi. Masa aku mengandung anak pertama (tahun 2014), waktu tu baru 6 bulan aku kawen, aku jumpa msj dia bersayang2 dengan perempuan.
Masa ni pn dia menangis2 merayu2 minta maaf dan janji tak buat lagi. B0dohnya aku pergi maafkan.. sampailah awal tahun haritu (januari 2018) kantoi lagi msj perempuan. Kali ni dia tak minta maaf, sebaliknya aku menangis2 melutut kat kaki dia Aku cakap kalau abang ada perempuan lain tolong la tinggalkan sebab ayang tgh mengandung anak kedua ni.
Sambil melutut aku merayu2 nangis mana tak nya time tu aku baru tau yang aku pregnant anak kedua. Tapi, dia boleh blah macam tu je tinggalkan aku dalam keadaan nangis2 dan tak jelaskan pun mesej curang yang baru kantoi tu. Disebabkan aku mengandung, aku lupakan perkara yang dah berlaku sebab tak nak streskan baby dalam perut.
Malangnya. peluang dan maaf yang aku bagi langsung dipandang sepi. Masa bulan puasa baru2 ni (bln 6 2018), ada sorang lelaki mesej aku kat fb. Dia kata semalam dia tangkap bini dia dengan laki aku masa laki aku turunakan bini dia dari motor dpn hostel bini dia. Ya Allah! Berderau darah aku tuhan je tau.
Dari situlah aku tau yang selama ni laki aku curang dengan aku dan perempuan yang dia berskandal selama ni ialah bini orang! Selama perkahwinan ni, dia simpan perempuan tu dari aku mengandung anak pertama smpailah anak kedua. Yang lagi tragis, selama ni aku tak dapat buka hp dia sebab berpasword, kalau dia tak guna pasword pun, aku tak penah detect yang dia salu berhubunagn dengan perempuan tu.
Satu hari aku hack hp dia, niat aku nak hack wasap tp Allah nak tunjuk kot, bukan wsap yang kluar tapi gmbr2 lucqh dia dengan perempuan tu yang keluar dari hp dia! Aku dala tengah pregnant 6 bulan time tu, tengok pulak gambar laki sndarii dengan perempuan b0gel2 dan nampak seluruh bodi dia. Rasa hilang darh aku. Aku terus minta laki terus terang dan akhirnya dia mengaku yang dia dah berhubungan dengan perempuan tu sepnjang perkahwinan kitorang.
Dia sempat cakap kat aku, perempuan tu tanya aku, boleh tak perempuan tu nak jadi madu aku? What? Setelah 5 tahun baru kau nak tanya aku ke? Sekarang aku baru lepas bersalin anak kedua. Cukup 44 hari aku terus nak pegi failkan permohonan cerai. Untuk perempuan tu, tak payah la jadi madu aku, aku nak mohon cerai dah laki tu, kau ameklah laki tu ye.
Aku cuma nak tau, apa ye perasaan kau ek pmpn, bile kau datang tidur dan k0ngkek dengan laki aku kat rumah aku sedangkan gambar kawen dan gambar family kitorang banyak tergantung di dinding rumah. Kau tak de rasa bersalah ke? Untuk laki tu, terima kasihlah khianqt dengan cinta aku. Buruk kau aku trima, aku maafkan dan aku bagi pluang tapi ternyata kau sengaja nak sakitkan jiwa aku dan anak2. Terima kasihlah duhai lelaki durjqna. Doakan aku trus kuat dengan anak2 aku.




