Assalamualaikum, hai admin. Izinkan saya meminta pendapat para netizen .
Saya seorang isteri kepada seorang lelaki yang berusia 32 tahun dan saya berumur 22 tahun. Kami berkahwin kerana suka sama suka, itu ape yg saya tahu sebelum ini. Suami saya merupakan seorang duda anak 2 sebelum berkahwin dengan saya. Saya pula baru habis SPM.
Saya anak yatim yang membesar di rumah anak yatim dan selepas spm saya terus berkahwin. Saya berkenalan dengan suami dari anak anak nya yg masih kecil. Saya menjaga anak anaknya. Dan tidak sampai setahun perkenalan dia terus ajak saya berkahwin dengan dia. Pada mulanya saya ingat kerana dia sayangkan saya. Tapi selepas saya mengandungkan anak pertama baru saya tau yang dia hanya mempergunakan saya untuk menjaga anak anak nya dengan isteri pertama.
Hanya kerana dendamnya pada isteri pertama, dia sanggup berkahwin dengan saya tanpa rasa cinta. Dia hanya gunakan saya untuk buat ex wife dia jealous. Saya tau semua ni bile saya masuk ward, ayah mertua datang ceritakan semuanya pada saya. Saya sangat kecewa. Saya pendam sendiri segalanya. Selepas melahirkan, saya terlantar dirumah akibat hypokalemia (kurang kalium dalam darah).
Suami layan saya mcm sampah Disepak terajang saya dan mengatakan saya sangat menyusahkan dia Selepas itu saya dimasukkan ke hospital selama seminggu. Beberapa bulan kemudian, saya melarikan diri dan failkan tuntutan penceraian dengan cara baik. Tapi dia pujuk saya untuk tarik balik segala tuntutan saya. Dia berjanji macam macam bagai bulan dan Bintang. Indah semua janjinya. Saya terpedaya dengan janji itu. Kami berbaik.
Tak sampai sebulan pun perubahannya. Dia mula balik layan saya seperti hambanya. Dia mula balik memfitnah saya ade lelaki lain seperti sebelum ini. Dia mula menghukum setiap kesalahan saya. Dia mula menyeksa mental saya. Saya mengandung anak kedua dan telah selamat melahirkan Anak kedua saya sudah pun berusia 9 bulan Kini saya sangat buntu dan sangat tertekan.
Setiap hari adalah satu penyeksaan buat saya untuk terus hidup dengan lelaki yang psycho seperti suami saya ni. Saya tidak dipukul seperti sebelum ini, tetapi saya diseksa dari segi mental setiap hari. Dia perlakukan saya seperti hambanya. Bile terasa ingin bergurau, dia akan memukul mukul badan saya dengan kuat. Kononnya itu cara berguraunya. Dia fitnah saya ade lelaki lain sedangkan saya tidak dibenarkan keluar rumah dan hanya mencari duit dari rumah. Duit hasil pencarian saya juga dipinjam namun tidak pernah berbayar semula. Nafkah pun tidak diberi.
Segalanya perlu saya urus sendiri dirumah. Dari anak hingga ke dirinya saya perlu uruskan. Hinggakan suapkan makanan kemulutnya pun saya yang perlu lakukan. Bile saya minta tolong dia akan kata “semua bende nak minta tolong orang. Tak boleh buat sendiri ke”. Sedangkan saya hanya minta dia jagakan anak untuk saya memasak dan suap dia makan sahaja.
Saya nak lari dan failkan cerai . Saya tidak akan terpedaya lagi dengan dia untuk kali ini. Tapi semua duit pencarian saya dia ambil. Ape yang patut saya buat. Adakah patut untuk saya terus bertahan demi anak anak? Saya benar benar buntu