Assalamualaikum admin.. Mohon siarkan kisah sy.
Ramai orang beranggapan perkahwinan yg diatur oleh orang tua akan bahagia hingga ke akhir hayat. Ada yg sanggup lukakan hati kekasihnya demi menjaga hati orang tua. Mungkin benar ada yg bahagia, tetapi bukan aku. Hingga sekarang, perasaan bersalah terhadap ex gf (namanya M) masih menghantui diri ni.
Aku kenal M tahun 2007, masa dia sibuk berulang alik berbincang menyiapkan thesisnya dgn supervisornya yg duduk depan bilik pejabat aku. Dipendekkan cerita, melalui member aku tu lah aku dapat mengenalinya dgn lebih dekat dan akhirnye die bersetuju menjadi gf aku walaupun usia kami berbeza 7tahun.
M adalah pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, anak sulung yg menjadi harapan keluarga utk keluar dr belenggu kemiskinan. Sepanjang mengenalinya, tidak pernah sekalipun die mengambil kesempatan meminta wang atau hadiah walaupun die tahu aku mampu beri apa yg dimintanya.
Hampir setahun kami berkawan, aku nyatakan hasrat utk memperisterikannya sebaik sahaja dia konvo, tetapi ditolak. Dia minta tempoh dalam 2@3 tahun. Bagi masa utk dia bahagiakn ibu bapa dan adik2nya dahulu. Ok lah, aku paham anak sulung memang besar peranannya. Tetapi ak minta dia berjumpa dgn ibuku dahulu.
Masa jumpa tu, macam2 yg ibuku tanya sehingga ada hal2 yg menyinggung perasaan M. Akhirnya M menyepikan diri, call tak dijawab, mesej tak reply..aku tahu dia memang kecewa dgn sikap ibuku yg menghina keluarganya.
Ibuku sebenarnya ada agenda lain, ada calon lain untukku. Aku tiada pilihan, kalau aku bantah, aku akan jadi anak derhaka. Akhirnya aku terima tanpa rela. 2 tahun aku bergelar suami, namun sedikit perasaan sayang pun x wujud, apatah lagi cinta. Selama 2 tahun tu juga lah, tidak pernah sekalipun aku sentuh isteriku. Kami tidur berasingan. Aku tahu yang isteriku juga sudah punya bf & mereka masih lg berhubung. Selepas 2 tahun, akhirnya kami ambil jalan berpisah & bawa haluan masing2. Ya, memang kami langsung tak bahagia dengan perkahwinan yg dirancang keluarga.
Sepanjang aku menjadi suami orang, aku tidak pernah saling berhubung dgn M. Aku hanya stalk fbnya sahaja.
M da jadi cikgu di kampung halamannya,x jauh pun dgn tempat kerjaku. 0 Sekarang dia dah ada rumah & tanah sendiri, ibu bapanya juga tinggal dengannya. Segala impiannya dulu telah tertunai. Aku kagum sangat. Cuma dia masih membujang hingga kini. Mengapa? Mungkinkah dia masih ade perasaan terhadapku? Ntah lah
Aku pernah jumpa M 3tahun yg lalu, aku juga sudah memohon maaf dan sekali lagi menyatakan hasratku. Namun M sekali lagi menolak atas alasan die tak boleh bahagiakan aku & keluargaku. Mungkin hatinya masih terguris dgn kata2 ibuku dulu.
Baru2 ni aku dapat berita yang M warded sebab masalah paru2. Aku pergi melawatnya, tetapi dia sedang tidur. Mukanya sangat pucat.
Aku hanya berjumpa dan berbual dgn ibu bapa M. Menurut mereka, M memang sayangkan aku.. Tp M pernah kemalangan dan ada masalah tulang belakang serta masalah rahim. Andainya dia berkahwin, dia tidak boleh melahirkan anak. Sejak tahun lepas, M diuji lagi dgn masalah paru2. Sebab tu lah, dia sentiasa mengelak utk berjumpa denganku.
Sebenarnya selepas mendengar penderitaan M, perasaanku jadi tidak menentu. Rasa sayang semakin kuat. Jujur aku katakan aku memang nak dia jadi isteriku yang sah agar aku dapat merawat dukanya.
Tetapi bila ku nyatakan hasrat itu kpd ibuku, terus ditolaknya. Katanya kami tidak setaraf. Aku tak tahu setaraf yg bagaimana lagi yg ibuku mahukan. M sekarang cikgu, aku pula lecturer, kalau difikirkan memang sepadan. Aku jadi serba salah. Dia ibuku, orang yg mengandung, melahir dan membesarkan aku. Kalau ingkar, aku takut jadi anak derhaka yg tidak akan cium bau syurga.
Tapi M adalah cintaku, M impianku yg tertangguh hampir 10tahun. Apapun kekurangan M, aku ingin menjadi pelengkapnya.
Tapi, aku benar2 tersepit.