Assalamualaikum krt dan pembaca semua..aku seorang bekas suami pada seorang isteri ..tujuan aku luahkan ini semoga dapat dijadikan iktibar untuk suami yg seperti aku supaya tidak terlambat dan menyesal seperti apa yg aku alami sekarang.. sebelum itu aku ingin memohon maaf atas tulisan atau coretan yang berterabur ini dan selamat hari raya aidilfitri kepada semua… begini kisah nya aku berkahwin dengan isteri atas dasar suka sama suka.. lama kami berkenalan sebelum aku menyunting dia menjadi isteri yg sah..sepanjang kami berkenalan isteri sememangnya mnjaga batas2 pergaulan..
selepas bergelar isteri dia berhenti kerja kerana desakan aku …aku tidak suka dia bercampur dengan lelaki bila di ofis.. aku sangat cemburu bila ada lelaki lain yang cuba berhubung dengan isteri walaupun atas dasar kerja.. selepas isteri menjadi suri rumah isteri mnjalankan tanggung jawab dengan sempurna.. segala makan pakai aku di jaga rapi.. kadang2 air dalam tub mandi juga disediakan untuk aku bersama bunga2 wangi hidup yang segar.. punya lah dijaga nya aku dengan baik umpama seorang raja.. cuma aku yang tidak nampk ketulusan dia selama ini..
isteri yang dulu nya aku tergila2 kan sudah aku tidak nampak lagi apa yang menarik di mata aku.. aku bingung juga kenapa aku boleh berubah sedemikian rupa tapi sudah pasti ada puncanya.. tak lain dan tak bukan kerana seorang perempuan yang aku baru kenali.. aku kerap menipu isteri bila lewat pulang ke rumah.. sebenarnya aku berpoya2 bersama teman wanita baru yang semenagnya mngambil kesempatan pada aku.. aku akui sepanjang berkenalan dengan perempuan itu banyak wang aku dihabis kan untuknya… barang kemas sahaja sampai 12 ribu.. untuk isteri aku pun tidak pernah aku mewahkan dia dengan sebegitu.. yang aku pernah beri hanya rantai tangan yang harga nya 2400 itu pun dia senyum sampai ke telinga..
aku semakin asyik bersama teman wanita .. teman wanita walaupun brtudung litup tapi sebenrnya dia bijak mengambil kesmpatan.. bila dia ingin berjumpa aku dia akan buka tudung kepalanya dan bila turun kereta dia memakai kembali tudungnya itu… tapi benarlah kata orang sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..
istri dapat mngkap perbuatan aku apa bila aku yg terlelap sambil pegang hp dan di situ aku terlupa untuk padam chat convstion kami… bila isteri dapat tahu dia menangis semahunya dan memohon aku untuk lepaskan dia.. aku yang kelam kelibut tanpa berfkir dengan baik dan rasa tercabar ego terus ceraikan dia dengan talak satu waktu itu…
kemudian aku terus keluar tiggalkan isteri… akhirnya petang itu aku dapat msg dari isteri di watsap yang mmhon maaf dan halalkan segala makan minum dia selama ini dan dia sudah pun pulang ke pangkuan keluarganya… beberapa bulan selepas itu kami setelkan mqsalah kami dan telah sah bercerai.. waktu ini aku masih tidak terasa khilangan isteri kerana aku masih ada teman wanta si kaki kikis itu..
tapi setelah aku ditinggalkan kerana kami bergaduh teruk dan teman wanita aku kaki maki.. dia tinggalkan aku terkontang kanting dan sejak itu barulah ingatan aku teringat kembali wanita yang selama ini setia dengan aku.. tapi apa gunanya lagi wanita yang sanggup bersama aku dahulu telah berkawin dan sudah mempunyai seorang anak dan sampai sekarang aku masih tak dapat membuka kan pintu hati buat ssiapa… hati aku seakan2 dikunci…walaupun emak ingin jodohkan aku dengan orang lain tapi hati ini telah terkunci buat selamanya untuk wanita…