Assalamualaikum kepada admin selamat hari raya eidulfitri saya ucapkan dan saya mohon admin siarkan kisah saya ini dan harap dpt hidekan profil saya.
Saya seorg suami dan ayah kepada anak2 saya dan isteri saya.Pada masa yang sama saya diuji dengan masalah kewangan serta ditamatkan khidmat pekerjaan atas sebab ekonomi global dan syarikat mengalami krisis pekerja asing. dengan itu saya tiada pilihan terpaksa akur, selepas itu pelbagai kerja saya lakukan demi keluarga asalkan halal dan dapat menyara keluarga bagi saya itu sangat bermkna tetapi saya silap langkah dan mula mengambil syabu bagi tujuan dapat bekerja lebih keras lagi agar dpt menampung kehidupan seharian.
walaupun saya bukan lah tahap yang drug addict atau pun heavy tetapi ia tetap menjadi kesalahan. setelah itu saya mula berubah sedikit demi sedkit untuk meninggalkan benda yang tiada faedah serta merosak kan diri ini.. Isteri saya serta semua orang tahu perbuatan salah laku saya dan saya sedar saya perlu dan nekad untuk betulkan diri walaupun saya berubah tetapi kesalahan saya itu seolah2 tidak dapat di maafkan dan saya hanya berserah kepada ALLAH S.W.T agar diberi kekuatan dan keberkatan.
Dan baru2 ini saudara2 saya dan belah isteri mula berkata2 akan diri saya, dan mula timbul cerita yang saya tak pernah lakukan, Saya bukan lah manusia yang baik tapi saya tahu siapa dan apa yang saya lakukan. Ada yang mula menyampaikan perkara yang saya Pinjam duit orang sana sini dan saya hanya kenal orang yang di maksudkan dalam cerita tadi pun hanya kenalan yg sangat jauh. apatah lagi untuk saya buat mcm tu?bila cerita tu sampai di telinga saya dan saya pergi jumpa orang2 yang di maksudkan tadi secara baik dan bertanya bila, masa dan jumlah yang saya pernah pinjam dengan nya jika benar saya sedia membayar tetapi orang2 ini pun terkejut kerana kami pun setahun sekali pun jarang berjumpa dan kenal pun hanya nama dan tak pernah berhubung..
Dan selepas dapatkan kepastian saya ingin berjumpa dengan penyampai cerita ini, tetapi saya takut sekiranya saya tak dapat menahan perasaan akan berlaku benda yang tidak disangka2.. Selepas berfikir sedalam2nya saya mengambil keputusan berserah kepada Allah dan bersangka baik kerana setiap apa yang berlaku Allah lebih mengetahui dan saya percaya lebih baik saya memaafkan insan ini kerana saya yakin Allah akan memaafkan kita sekiranya kita memaafkan insan lain.. bukan niat saya ingin mengatakan saya baik tapi saya anggap ini semua ujian agar saya lebih kuat utk masa akan datang.. selepas ujian2 ini datang saya pula terpaksa menghadapi ujian apabila isteri memohon penceraian dan saya cube pertahankan dan ikhtiar demi anak2 dan keluarga…
akan tetapi masih juga tidak mengubah pendirian nya.
saya berharap Allah dapat memberikan petunjuk dan jalan agar setiap yang berlaku ini dapar di selesaikan dengan cara yang baik serta saya menganggap apa yang saya lakukan ini adalah pengorbanan saya kepada anak2 dan keluarga kerana pengorbanan adalah mengutamakan insan lain dari diri sendiri… semoga saya dapat keampunan dan keberkatan dari apa yang telah di Lakukan sebelum ini, in sha allah jika itu Kehendak nya pasti tidak akan lambat sesaat dan cepat sesaat bila sampai masanya… sekiranya pembaca sudi saya mohon doakan kebaikan kepada kami serta semua insan di di dunia ini..amiin.




