Assalamualaikum. Tolong hide aku guna fb kawan kerja aku. Disini aku nak berkongsi cerita rumahtangga aku yang aku sendiri tak tahu apa pengakhirannya. Aku dah berkahwin 2 tahun dan mempunyai anak satu berumur baru baru 6 bulan. Masa aku nak menikah dugaan banyak tapi akhirnya kami berjaya nikah dengan bantuan kewangan abang dan kakak aku.
Suami aku sebelum berkahwin ada kerja tetap tapi atas sebab masalah peribadi dia berhenti kerja dan tak berkerja. Lepas sebulan kahwin baru aku dapat tahu dan rasa tertipu aku desak dia untuk cari kerja baru. Sebenarnya agak terduduk jugak kami masa tu. Kereta ditarik aku pulak baru nak habis belajar masa tu. Suami aku agak susah nk dapat kerja baru sebab masalah pengangkutan.
Tapi perlahan2 kami bina hidup baru . Dia mula kerja di kedai serbanika dan aku pun mula bekerja. Tapi sebab masih tidak stabil dengan hidup di bandar besar kewangan kami tak cukup.. Gaji suami aku sebulan biasanya habis untuk sewa dan bil. Jadi aku pula menanggung segala keperluan hidup kami bulan2. Untuk 6 bulan tu hidup kami cukup2 makan sahaja tapi kami tak menyusahkan organ.
Nak jadi rezeki suami pun dapat kerja elok sikit dan gaji lebih besar. Tapi dalam masa sama aku terpaksa berhenti sebab compony tempat kerja aku ditutup . Dan sementara aku nak cari keja baru tu aku diberi rezeki mengandung dan alahan sangat teruk. Aku diduga lagi bila mana hakikatnya sangatlah susah majikan nak ambil orang mengandung bekerja. Jadinya menganggur la aku sepanjang kehamilan …
Betapa susah hati aku dengan gaji suami aku cukup makan dan kami menanti kelahiran si kecil. Tapi kami percaya rezeki allah s.w.t.. Yer memang selalu jugak jadi tergelincir tak cukup itu ini tapi aku bertahan. Aku anggap dugaan orang baru nak mula hidup. Oh sepanjang aku berkahwin aku cuba memahami kesukaran suami dan aku tak pernah dapat nafkah dan cuba untuk tidak meminta.
Keperluan aku biasanya aku gunakan duit simpanan bekerja aku. Dalam masa sama aku tahu suami aku bekerja keras nak cukupkan keperluan kami. Untuk sepanjang tempoh tersebut aku dan suami hanya beberapa kali sahaja mampu balik ke kampung suami aku untuk jenguk keluarganya atas sebab kekangan kewangan kami.
Aku pula sudah lama sudah tak balik kampung aku sendiri atas sebab aku tak nak menyusahkan suami tambah pula dekat kampung aku hanya kakak tinggal di rumah pusaka arwah mak abah. Tapi jujurnya aku sangat2 rindu nak balik berkumpul dengan adik beradik aku dan ziarah kubur mak ayah aku.
Selalu kalau keluarga aku berkumpul aku sahaja yang tertinggal tak dapat ikut serta walaupun hari raya. Hari raya kami biasanya di rumah sewa kami sahaja berdua. Hambar bukan raya kami. Aku bertahan sebab aku anggap ujian awal perkahwinan. Tapi dalam masa sama aku sememangnya dah tertekan berat tapi sokongan keluarga aku tak berbelah bagi amat2 buat aku rasa disayangi dan cuba kuat.
Suami pula walaupun baik jer tapi kadang ada jer menambahkan tekanan aku dengan peel2 yg kadang menyesakkan jiwa aku. Namun aku bertahan demi anak dan keluarga kecil kami. Manakala hubungan aku dengan mertua aku aku anggap tak ada masalah walaupun aku agak pelik suami aku jarang berhubungan dengan keluarga dia.
Adik dia sendiri yang tinggal tak jauh dari kami tak pernah bertanya khabar semenjak suami susah. Dia pernah cakap kat suami menyemak masa suami mintak tolong. Tapi suami tak kesah semua tu. suami cuba nak berhubung bertanya khabar dengan adiknya yang itu tapi sangat lah susah seolah olah adiknya tu tak nak kami ganggu dia.
Mak ayah pula jarang dapat dihubungi sebab line di sana sangat teruk. Suami aku dari kampung yang tak lah ceruk mana pun tapi aku sendiri pon tak faham kenapa talian susah nak tembus. Adik beradik yang tinggal dekat sana pon susah nak dihubungi kalau dapat tembus pun talian hanya bila adik atau kakaknya keluar ke pekan.
Di kampung suami mak ayahnya tinggal dengan adik perempuan adik lelaki dan kakak suami. Semua dalam rumah tu tidak bekerja. Yang mana aku pon tak paham kenapa. Yang kakak2 lain semua sudah bersuami dan duduk berjauhan. Kakak yang tinggal dengan mak ayah suami pon sebenarnya sudah berkahwin tapi duduk di kampung sebab nak jaga ibu suami yg sakit.
Terus terang aku tak rapat dengan keluarga suami sebab memang suami tak mampu nak bawak balik ke sana. Dan sebenarnya suami pun ada mengaku dia tak selesa bawak aku ke sana sebab kekotoran rumah keluarga dia. Tambah pula kini kami ada anak kecik.
Oh bagaimana kotor yang suami maksudkan tu Kalau aku dapat describe kotornya tu memang agak menggelikan la tapi dah jadi keluarga diamkan saja dan cuba jaga hati mertua. Tahap kotornya mereka tu sama macam kisah yang masuk berita yang mana ngo terpaksa gotong royong menelan belanja 10k untuk kemas rumah pengotor tu.
Boleh aku katakan Sejenis hoader dan kotor yg macam tu. Kalau aku boleh describe lanjut lagi; Dapur nya berlendir barang berkarat bercampur2 tidak dibuang. Dalam rumah macam ada longgokan barang tidak boleh dipakai/sampah yg mungkin dah btahun tidak disentuh. Dalam toilet pula kolah dijadikan tempat belaan ikan haruan.
Di lantai penuh biji2 buah berkulat2 kononnya nak dicambahkan. Ada jugak macam kain basah di lantai juga tumbuh kulat. Pernah sekali waktu aku balik berekor2 lipan keluar. Masa tu hujan dan kami tido di atas tilam di lantai. Agak menakutkan tapi aku terima sahaja la. Aku berusaha untuk bertahan untuk tidak mengecilkan hati siapa2 dalam rumah tu.
Aku juga pernah tanya suami kenapa jadi macam tu. Dia kata memang dari dulu macam tu. Dia cuba ubah masa tiap kali dia balik sebelum kahwin tapi tak berjaya. Sikap orang dalam rumah tu tepu tak mampu di ubah. Namun walaupun suami kata dia tak selesa bawa aku balik ke sana tapi kekotoran itu bukan sebab utama kami tak balik tapi sebab ketidak mampuan kami.
Kami usaha untuk balik jugak walaupun kadang berikat perut. Sebab suami kalau balik dia akan hulur duit dekat mak ayah dan kadang mak sedaranya atau kakak2nya sebab dia tau diorang bukan senang. Selain tu kebiasaan jugak dia akan beli keperluan sebulan masa balik tu.
Kebiasaan yg suami buat sebelum dia berhenti kerja stabilnya sebelum menikahi aku. Walaupun sesudah susah ni dia cuba usaha untuk buat kebiasaan tu jugak.. Aku ok aje sebab mmg tanggungjawab dia kan. Tapi dalam aku rasa hubungan aku dengan mertua biasa2 tu rupanya diorang benci aku.
Yang aku tak tahu adalah bila diorg cakap aku ubah suami aku jadi tak balik dan bagi duit macam dulu. Allahu lagi berat bila orang2 luar sedara jauh suami yang tak kenal kami dan tak tahu aku pon tambah perisa fitnah kata aku sihir suami bagi jauh dari keluarga suami. Ditambah perisa kakak suami lagi mula diorg mengata aku dekat belakang.
Dan part paling aku sedih bila mak suami sendiri sanggup cakap dia tak redha suami kahwin dengan aku. Bertapa sedih aku bila suami selama ni rahsiakan daripada aku yang dia sangat kecik hati dengan kenyataan mak dia.
Dan memang hidup kami tak senang mana tapi kami tak pernah nak belakangi diorg cumanya suami berbeza dari dulu sebab dia dah tak kerja gaji besar macam dulu. Kalaulah diora g tahu aku tak pernah dapat apa hak aku dan aku tak berkira sebab aku anggap ni semua ujian yang aku harap akhir nanti ada kemanisan utk kami.
Tapi kini aku dah jadi tawar hati kecil hati dengan mak suami. Sampai hati dia walaupun sudah tahu kami susah tapi masih guna senjata redha seorang ibu hanya sebab suami dah tak mampu memberi macam dulu.. Aku harap sangat doa kalian yg baca semoga kami kuat dan ada kemanisan dari kesusahan kami sekarang ni.




