Salam admin aku nk luahkan perasaan aku kt sini .. Aku ni ade rumah sendiri dengan laki aku .. Tapi laki aku ni ajak abang dia seorang penagih dadah tinggal sekali dengan kite orang .. Laki aku ni anak yatim piatu adik beradik ramai tapi tak ade yang nak jaga abang ipar aku ni .. So laki aku la yg bela bagi makan minum duit semua.. jadi semua adik berdik dia bagi tanggung jawab tu dekat laki aku mungkin sebab laki aku rezeki dia murah sikit berbanding adik beradik yang lain.. .
tapi aku pernah bergaduh dengan dia dan buat aku fobia sampai sekarang untuk tegur dia .. Malam tu dia balik lambat 3,4 pagi jugak lah lepastu dia biar kan pintu rumah dengan pagar tededah sampai la siang tu .. Aku tegur la dia, bang nanti kalau balik lewat kunci pintu dengan pagar ye .. Lepastu bole dia nak baling aku dengan pasu cepat2 aku naik atas Kunci bilik sampai laki aku balik …. Aku dah pernah bincang dengan laki aku untuk hantar abang dia ke pusat pemulihan tapi dia tak nak kesian katanya Jadi aku diam jelah aku hormat keputusan dia walaupun aku rasa abg dia mengancam nyawa aku dan anak2 ..
Abng ipar aku selalu mintak duit dekat suami aku kadang2 sampai 400 seminggu .. Aku tak kesah kalau dia guna duit tu untuk kebaikan tapi dia guna beli dadah.. Anak2 aku selalu perasan kata nampak pak ngah masok tandas bawak satu barang ni .. Mula2 aku tak percaya tapi lepas aku sendiri nampak dia bawak bende tu masok dalam tandas rumah aku .. Baru aku percaya aku cuba bagitau suami aku tapi suami aku tak abes2 dengan kesian dia tu .. Sekarang ni aku dah tak tau nk buat apa kadang2 aku risau jugak kalau suami pergi khusus tinggal kan aku dan anak berhari2 dengan abg dia tu..
Korang rasa patut aku pisah je dengan laki aku untuk mengelakan sebarang perkara yg tak di ingini perlu dekat aku dan anak2 aku?