Salam min, hide profile kawan aku ni.
Terima kasih. Tak semua isteri kedua ni jahat. Kepada yang nak kecam aku, silakan. Aku beristeri dua. Yang pertama tak kerja harap nafkah dari aku tiap bulan. Yang kedua ni dia punya pandai cari duit jangan cakap lah. Memang terrer. Dulu masa kilang tempat kerja aku bankrup, dia yang bagi duit belanja untuk anak bini aku sampaikan birthday bini aku pun dia yang sponsor dinner. Walaupun masa tu aku tak kawen lagi dengan dia. Dia jugak yang rekemen kerja aku sekarang sampai aku mampu pakai kereta(dulu moto kapcai je) Lepas kewangan aku dah stabil, aku mintak izin dari bini pertama untuk poligami. Dia setuju walaupun dia tak sanggup.
Lepas aku nikah dengan bini kedua, makin melampau tahap kemalasan bini pertama uruskan anak dengan rumahtangga. Sampai satu tahap isteri pertama dok rumah bersepah goyang kaki sebab aku honeymoon dengan bini kedua mungkin dia protes aku tak tahu la. Bini pertama selalu cakap lebihkan bini kedua tapi selama ni aku bagi nafkah zahir batin sama adil je. Ada satu hari tu, aku janji nak bawak bini kedua pergi checkup kandungan dia tapi tiba tiba bini pertama call sruh balik cakap anak aku demam panas. Bila aku sampai rumah dia boleh cakap anak aku nak makan kfc je. Bini kdua ni dengan rela hati drive sorang pi klinik bawak perut.
Aku dengan rasa bersalah call bini kdua mintak maaf tapi dia boleh gelak gelak macam tak sakit hati. Selama ni aku tak pernah rasa bahagia macam tu. Dia pandai jaga hati aku, jarang la aku nak marah dia. Bila balik rumah dia aku rasa macam kat istana ja, dia layan aku macam raja. Semua laki teringin macam tu kan, aku dah rasa bro memang best. Jujur aku jatuh hati bukan sebab dia banyak bagi aku duit tapi cara dia, perangai manja dia buat aku bahagia. Walaupun ramai yang kecam dia kata dia perampas dia boleh senyum je aku pulak yang rasa geram.
Tapi sayang, 2 bulan lepas Allah tarik segala nikmat yang dia bagi kat aku. Mungkin jodoh kami kat dunia takat ni je, dia men!nggal dalam ward bersalin masa nak lahirkan anak aku. Sekarang baru ada kekuatan untuk aku luahkan. Kepada bini pertama yang selalu baca cerita dalam krt ni, ‘abang harap awak sedar abang sayang keduanya.’ Kepada arwah isteriku ‘biy mintak maaf tak jaga mummy macam mummy jaga biy, terima kasih dah jaga hubungan dengan Allah sebaiknya untuk biy, biy doa mummy tenang kat syurga Allah ye sayang. I love you