Salam min. Aku nak share crita sikit… Mungkin boleh minta pendapat kawan2 kat KRT nih.. Macam ni min, laki aku ada scan dal dekat ofis dia.. Aku memang kenal la budak pmpuan tu. Memang rapat juga dengan aku dan memang aku tahu diorg tengah scan dal… Wajar tak aku merelakan je hubungan diorang, sebab bagi aku bukan luak pun kan asal masa dan prhatian untuk aku tak terabai…
Aku ni siap matching2 baju kerja diorang lagi, aku sendri tak matching pon. kat ofis ade sorang lagi perrmpuan nak tackle laki aku tapi aku tak suka perempuan tu. Aku pun tak tau kenapa, yang sorang ni elok je aku terima… Aku sengaja matching baju laki aku dengan scndal dia nak suruh yang sorang lg tu jeles. aku ni baik dengan scan dal laki aku siap boleh keluar makan bertiga, pergi holiday bertiga.
Kalau dia nak kawin dengan laki aku pun aku kasi je.. Tapi g!la ke aku bertindak begitu? Nak kata aku tak sayang laki, aku sayang… Aku tak boleh berenggang tapi tak tau la aku pun bingung dengan diri sendiri ku redha je semuanya asal aku bahagia macam sebelum2 ni..
Laki aku memang mengadap fon je la kerjanya wasap dengan skan dal dia kadang2 aku join baca skali kadang tolong reply pun ada.. Normal ke aku macam tu? Ada ke orang lain yang same macam aku? Yang tak kisah pasal perempuan lain dalam hidup laki sendiri asalkan jangan menipu atau sorok apa2.




