Assalamualaikum admin . Aku sekadar mahu bkongsi dan ingin bcerita tentang hidupku .Aku harap dapat mjadi iktibar kepada semua. Suamiku masihkah kau ingat lagi saat perkenalan kita . Kita kenal cuma 6 bulan . Bulan pertama kita kenal kita berjumpa. Kemudian kali kedua kau berjumpa keluargaku dan kali ketiga kau bawak keluargamu berjumpa keluargaku untuk pertunangan kita dan kali ke empat kita pada tahun 2014 kita pun bernikah.
Alhamdulilah setelah 4 bulan pernikahan aku di sahkan mengandung anak pertama kita .. Masa tu hidup kita memang susah tapi kita tetap harungi bersama. masa tu kau hanya ada sebiji motor tapi kita tetap bersama-sama berkerja keras sampai lah kandungan ku 3 bulan kau dapat keluarkan sebiji kereta masa sejak tu hidup kita senang sikit tapi aku perhatikan kelakuan mu semakin pelik kau mula berubah bersikap menjadi seorang pemarah dan kurang bercakap dengan ku.
pada mulanya aku fikir cuma perasaanku kerana aku sedang mgandung tapi perubahan tu amat sangat ketara. tapi aku diamkan sahaja walaupun naluriku mengatakan ada sesuatu yang tidak betul akan tetapi aku nafikan perasaan itu aku banyakkan berzikir berdoa dan solat hajat mintak ptunjuk aku bdoa kepada ALLAH untuk berikan aku jawapan
Sehinggalah pada kandungan ku berusia 7 bulan sesungguhnya ALLAH itu maha Esa.
Satu hari aku tergerak hati untuk stalk facebook ex gf suamiku dan aku dapat rasa kan ada sesuatu yang tidak kena bila segala gambar dan wall ex gf nya dia like dan ada satu gambar dengan seorang lelaki dgn wajah lelaki itu di blurkan dan aku kenal siapakah lelaki itu kerana baju, jam dan warna kulit lelaki itu, jariku menekan msg di fb dan aku msg ex gf suamiku
“Wahai saudari andai kamu jodoh suamiku aku redha kamu menjadi maduku dan aku ingin mlamarmu sebagai wakil suamiku” dan dia membalasnya dan mengakui mereka masih berhubung dan saling mencinta. mereka berhubung sejak kandunganku berusia 2 bulan lagi. Hanya ALLAH yg tahu betapa remuk hatiku semasa itu. aku mengajak suami ku berbincang, aku suruh dia berkahwin dengn perempuan itu .
Aku sanggup tolong pinangkan perempuan itu sebagai isterinya untuk jauhkan mereka dari z!na kerana aku tahu mereka telah pun terlanjur akan tetapi dia menolak dan memilih aku.
Sejak dari itu dia beejanji untuk berubah kami hidup seperti biasa sampailah anak pertama kami lahir kami di kurniakan seorang anak perempuan.
Suamiku masa itu kita mulakan hidup baru bersama anak kita hidup kita bahagia dan saling mlengkapi.
Semuanya berakhir bila aku di sahkan mengidap kanser usus tahap dua saat itu kau selalu menjauhkan diri anak semua ibu bapaku uruskan bila di ajak berbincang kau mengelak kerap marah2 dan pulang kerumah orang tuamu. Masa itu hanya ALLAH menjadi tempatku mengadu aku mintak petunjuk dan sekali lagi kau curang dengan orang yang sama dan kau juga mlanggani pel4cur dan ramai perempuan yang kenal melalu wechat dan beetalk dan kau juga selalu bawak perempuan itu kerumah kita ketika aku pulang kerumah orang tuaku untuk berubat.
Hancur hatiku bila wanita tu hantar gambar berduaan dengan mu di atas katil di rumah kita masa itu aku rasa aku hidup di dalam mat! dan akhirnya aku mintak kau ceraikan aku. Paling aku sakit bila keluarga kau mgatakan dia tidak mahu kau teruskan perkahwinan denganku kerana aku hanya menunggu untuk mat! dan mereka lebih rela nikahkan anak mereka dengan pel4cur itu dari bersama dengan perempuan yang hanya menunggu masa untuk mat! dan kau meceraikan aku dengan talak 3 .
Namun mereka tidak tahu apa yang ALLAH aturkan adalah semuanya baik-baik hasil dari usaha kakak dan abangku hantar aku berubat alhamdulilah aku sembuh sepenuhnya terima kasih ALLAH atas segalanya.. Dan kau telah selamat bernikah dengan kekasihmu itu pada 17.08. Dan kau abaikan anakmu tanpa memberi nafkah sedikit pun kepadanya. Aku tidak pernah kisah sebab aku sendiri berkerja dan rezekiku bertambah selepas kau memberi aku TALAK 3.
Buatmu bekas suami dan isteri terima kasih dan selamat pgantin baru semoga bahagia hingga keanak cucu. aku tak pernah berdendam dengan kalian kerana aku sedar ini bahagian ku di dalam kehidupan. Buat wanita di luar sana jangan sesekali kau membina kebahagiaan di atas pderitaan wanita lain. tak dapat di nafikan sebenarnya kemusnahan seorang wanita adalah berpunca dari seorang wanita yang lain.
Untuk wanita yang senasib denganku jangan lah kau terus menangis belajarlah untuk kuat bangun lah dan buktikan kamu seorang yang hebat . Jangan biarkan orang nampak kamu lemah jangan biar orang bunuh perasaan kamu sehingga hatimu mat!. kuat lah demi masa depan mu dan anakmu. berhati2 dengan lelaki lain yg datang mendekati kekadang orang memandang status JANDA ini adalah status yang rendah JANDA slalu di pandang murah dan keji .
Wahai masyarakat di luar sana kami tidak mahu bergelar JANDA dan kami juga seorang HAMBA dan MANUSIA
Wahai wanita yang bergelar JANDA jauhilah dari bsikap murah jaga kelakuanmu dan perwatakkan mu, andai rezekimu sempit dan hidup mu susah usah putus asa kerana kamu insan terpilih untuk di uji..sekian sahaja dari ku ..




