Hi min… Hide Kan saya… Sbb guna fb kawan Saya… Saya Cuma nak kisah hidup saya menjadi pengajaran… Mungkin…. Saya seorang ibu beranak 3… Hidup saya berubah teruk (Terima kasih Allah dengan ujianmu..) saya berkahwin dengan Seorg lelaki yang pada awal Perkenalan sangat Baik Dan bersopan… Selepas berapa tahun bercinta Dia Mula menunjuk Sikap sebenarnya.. Berubah kepada Seorang yang baran Dan selalu Naik tngan.. Tiap Kali Dia mengamok Akhirnya dia akan menangis esak mohon maaf.. Hubungan diteruskan sehingga tahun ke7 Dan berakhir dengan ijab dan kabul… Saya menyangka panas Hingga kepetang Tapi hujan ditengahari Dan pelangi tak penah kelihatan sehingga Sekarang…. Allahu… Ketika mengandung anak sulung saya ditangan2 Dan dihijak2 Tanpa belas kasihan…. Kepala saya dihentuk kedinding… Saya bersabar… Dengan memujuk Diri, Dia akan berubah Lepas kelahiran anak sulung Kami… Tapi Masih Sama.. Dia laki yg Malas bekerja, memerah segalanya Dari saya… Dia jugak mengambil benda terlarang… Ice, ganja menjadi makanan dia… Dalam Masa yg Sama saya juga menanggung kluarga saya… Ayah sudah Tua Dan sakit2… Masih punya adik2 Tapi dimanja ibu… Hinggakan duit gaji mereka Memng untuk kegunaan sendri.. Kadang2 jika disunggut Baru Diberi 10,2… Perit hati saya… Mana menanggung Diri, anak, kluarga Dan suami LaGi… Habis barang digadai… Ada juga Minta tolong Mertua nasihatkan suami Tapi Sama jugak.. Mertua tak membantu… Kerana saya bukan menantu pilihan… Dugaan Allah LaGi… Saya dipinggir keluarga kerana saya menghalang adik Saya berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya… Laki yang tidak bekerja, asyik dengan game…
Macam mana Nak menanggung hidup Kita.. Saya tak Mau adik Rasa seperti Apa yg Saya lalui… Tapi berlaku salah faham Dan Saya dipulaukan kluarga.. Dan Akhirnya ketika kandungan saya yang ke 3 doctor sahkan saya Ada breast cancer. Tahap 3 Saya tak mampu Nak bekerja suami juga tinggalkan saya Dan anak2 .. Keluarga sendri bencikan saya… Sekarang saya menumpng kasih dengan tuan rumah sewa saya… Dia yang menjaga makan Minum saya… Anak2 Dia melayan Saya dengan Baik… Dia jugak menjadi ibu kepada saya Dan nenek kepada anak2… Apa yg Saya Cuba sampaikan… Cinta tak mampu kenyang Kan perut…. Dan lelaki yang Naik tngan pada perempuan tak patut dijadikan Teman hidup… Buat adik2 diluar Sana… Buat lah pilihan yang tepat… Gunakan akal Dan Kawal emosi… Moga Allah jodohkan adik2 dengan jodoh yang sempurna dunia akhirat…. Ingat…cari lah jodoh yang mampu menjaga Kita, sayang Kita Dan membantu Kita dengan ikhlas…. Dan jika jodoh adik2 Dari laki2 yang Baik… Jangan pulak diambil kesempatan dengan kebaikan mereka… Moga Allah menyayangi kita