Assalamualaikum.. Aku suda berumah tangga 4 tahun lebih.. Bini aku Min kuat membebel, kuat marah memang dari awal perkahwinan. Bini aku ni spesis Mamazila Min.. tak suka lihat benda berhambur. Aku selalu bantu dia basuh pinggan, lipat kain, basuh baju. Ada saja yang tdk kena, Semua salah. Tp itu tdk mematahkan semangatku Min untuk menjadi suami yang baik.
Aku ni boleh dikategorikan hensemlah min Isteri biasa2 shj dan agak berisi dan Kami kawin atas pilihan keluarga. Aku jenis pendiam tak byk ckp. Dulu pun aku ada teman wanita. Tapi aku lebih memilih untuk ikut pilihan keluarga. Teman wanita pun datang Min time aku sanding. Bini aku tidak bekerja. Semua gaji aku bagi dia pegang, pandai2 lah dia atur berapa dia mahu bagi aku, belanja dapur dan bagi orang tua aku. Dia pandai atur min macam akauntan negara.
Dia mmg slalu tinggi suara dengan aku. Suka marah tidak menentu.. Dan selalu boikot tidak mahu bercakap bila aku ada buat silap. Kadang² panas juga hati ni. Ishh nak kena bini aku ni. Tapi cakap dalam hati je. Tak sampai hati mahu sakiti dia.
Bila aku lihat perempuan lain yang lemah lembut sopan santun pandai jaga badan Hatiku tak tergugat pun Aku selalu muhasabah diri. Kalau aku cari bini lain pun belum tentu bagus. Aku bersyukur dapat isteri yang pandai masak, menjaga makan pakai ku, dan menjaga anak kami dengan baik. Paling penting dia jaga solatnya min. Anak baru satu. Aku suruh di berehat dulu dari beranak lg. tunggu anak besar sebab aku yang rawat time dia bersalin. Kesian aku lihat Min. Dia kena gunting time berjuang melahirkan anak kami. Jahitannya aku yang ubat. Huhuhu.
Kita ni sebenarnya boleh bahagia Min sekiranya kita tahu erti bersyukur. Menghargai apa yang ada dan perbaiki apa yang salah. Doakan rumah tangga kami bahagia hingga ke syurga. Aku pun doakan semoga anda berbahagia dunia akhirat. ?