salam selamat pagi admin dan pembaca. rabu depan saya akan diceraikan dalam keadaan mengandung 4 bulan anak no 3 di mahkamah. puncanya suami sudah tidak sayang dan gilakan perempuan lain anak dara tua kawan lamanya yang dijumpai dalam instagram sejak bulan 8 tahun lepas.
kerana perempuan itu suami pernah pukul lempang sepak saya dalam keadaan mengandung. suami pernah cakap kalau saya mat! pun suami tak peduli saya. doakan saya tabah dan redha dengan ketentuan ini. saya yakin perancangan Allah adalah sebaiknya. buat suami S, pergila dekat perempuan yang awak cakap ambil berat bahagiakan awak. saya akan undur diri dengan anak anak. 9 tahun jadi isteri awak, zalimnya awak cakap tak pernah sayang saya seumur hidup.
zalimnya awak biarkan anak anak hilang kasih sayang ayah sebab perempuan murahan. pengorbanan bergolok gadai bersusah senang dari perkenalan kita sejak di universiti sikit pun kau tak peduli. aku hampir mat! melahirkan anakmu nombor 2, mujur cepat emergency ceaser. tapi kau dah lupa semua itu suamiku. tak apalah suamiku, akan ku besarkan 3 anak anak ku dgn kasih sayang. aku doakan Allah bagi kau pembalasan lebih dari aku rasa. buat perempuan perampas suami, aku tau kau berlakon mulia, kau lah punca rosaknya rumah tangga aku. untuk kau, moga balasan azab Allah menanti.
buat baby 4 bulan dalam perut ibu saat ini roh sudah ditiupkan ketahuilah ibu dan kakak kakakmu menanti kelahiranmu dengan penuh kasih sayang. biarlah kau tak pernah kenal kasih sayang ayah, ibu berjanji akan berikan segalanya yang ibu ada kepadamu. buat semua anak anakku, ibu berjanji buat apa sahaja untuk kebahagiaan kita. buat pembaca, doakan rabu depan permulaan kepada kegembiraan dan perjalanan hidup baru saya sebagai ibu tunggal.