Assalamualaikum min. Mintak hide fb saya ya. Macam ni min, saya dengan suami bernikah tanpa persetujuan ibu dia. Tapi abah dia ok setuju jaa. Alasan dia tak setuju sebab saya ni janda. Mungkin hina dimata dia. Sblom kami nikah ibu dia ada datang rumah serang² aku dengan mak aku . Cakap aku bomohkan anak dia. Cakap aku gunakan anak dia sebab duit ja. Hina mak aku cakap kami org susah. Lepastu mak macam berat hati nak satukan kami sebab taknak masalah kemudian hari. Tapi sebab si suami merayu2 menangis2 mak saya ikotkan ja. Dan bawak kami nikah di sempadan. Tanpa pengetahuan ibu suami tapi abah dia tahu.
Sebelum nikah pun hubungan suami dengan ibu dia dingin. Selama kami kawan pun kerap kali suami dihalau ibu dia. Bila saya tanya sebab apa. Dia cakap ibu dia tak suka sebab dia ikot perangai abah dia. Utk pengetahuan ahli krt abah dengan ibu suami memang tak sehaluan. Abah dia pun dihalau sebab katanya ada perempuan lain tapi sampai skrang abah dia tak nikah2 pun. Tapi abah dengan ibu dia tak bercerai cuma tak dduk sekali.
Apa yg aku nak ceritakan, 2 bulan pertama kami kawin semuanya ok. Suami rajin kerja penyayang apa yg diminta semua dia bagi. Tak pernah berkasar tak penah tinggi suara. Tapi semua berubah bila ibu dia start baik dengan dia. Ibu dia suruh balik rumah. Dia pun ikot sebab ingatkan ibu dia dah ok. Tapi yg saya perasan lepas dia balik rumah ibu dia. Dia jadi malas. Kerja dia berenti, pergi tolong ibu dia meniaga ja. Sya tak marah saya ok. Mungkin dia nak tolong ibu dia. Tapi makan hari dia makin brubah. Lepas dia niaga dia terus stay rumah ibu dia.
Sekarang dah tak layan saya. Saya bawak diri sendiri. Sekarang dah pandai tengking saya tinggi suara dengan saya. Semua saya buat tak kena di mata dia. Kalau dia janji nak bawak saya keluar lepastu ibu dia call ajak keluar, dia sanggup tinggal saya pergi dengan ibu dia. Kalau saya mintak apa2 atau ajak pergi mana lambat ja. Tapi kalau ibu dia laju ja. Saya tak marah dia lebihkan ibu dia cuma saya mintak adil antara saya ngan ibu dia. Nafkah pon dia tak pernah bagi sekarang. Saya kerja sendiri.
Sekarang pulak saya tengah mengandung 2 bulan Memang tak larat nak kejaTapi bila pikir anak makin besar dalam perut saya kerja jugak. Saya ada mtak dia tolong saya sebab saya kerja kedai makan. Tapi dia cakap tak dapat duit. Lepastu saya cakap tolong ibu boleh. Dia cakap yalah sebab ibu bagi dia duit. Padahal dia niaga nasi lemak dengan ibu dua sampai pukoi 9 pagi ja. Saya kerja pukoi 12 boleh lagi rehat kalau nak datang tolong saya. Tapi dia taknak sebab tak berbayar. Sampai hati dia. Sekrang bila saya mengandung lagi dia berubah. Kdg dia tak balik rumah kdg keluar 7 pagi 1 2 pgi baru balik. Saya tak tahu dia kemana.
Satu hari tu saya doa kat tuhan utk tuhan tunjuk kalau dia curang dengan saya. And the answer is yes. Hati tergerak nak copy ws suami. Dalam keadaan saya macam ni dia buat saya macam tu. Saya minta dia lepaskan saya tapi dia cakap saya mengandung kalau tak dia dh lepaskan saya. Dia cakap dia boleh kawin dengan org yg ibu dia suka. Allah, jatuh air mata saya. Apa dah jadi dengan suami saya. Saya sayang suami saya. Usia perkahwinan kami masih baru lagi. Baru 10 bulan. Tapi dia berubah sampai macam ni. Saya taknak pikir benda buruk dan taknak buruk sangka dengan ibu mertua saya. Tapi apakan daya. Semua ni jadi lepas suami baik dan balik rumah ibu dia.
Ibu mertua saya pernah kata. Dia takkan biarkan saya bahagia ngan anak dia . Dia akan buat apa saja supaya kami berpisah. Dan dia pernah cakap aku takkan biar hg mengandung benih keluarga aku. Apa perlu saya buat min. Saya stress sangat sekarang ni. Saya pernah baca tanda2 suami isteri terkena sihir pemisah dan kebanyakannya saya pernah lalui. Sampaikan saya kerap kali mimpi berstubuh dengan org lain. Bila suami ada rasa benci bila takda rasa rindu yang teramat sangat. 23 tanda yg ustaz tu tulis belas2 dari tanda tu apa yg saya alami sekarang. Mohon bantuan ahli gp krt bagi pendapat yg bernas. Tolong jangan kecam saya ya. Maaf penceritaan yg pnjang macam ni.