Assalamualaikum min.. Aku nak luahkan ni.. And aku harap min kau siarkan kisah aku ni.. Hide profile aku.. Dulu sebelum aku kawin min.. Aku ni ramai bf .. Tapi tak pernah aku terlanjur sebelum usia aku 18 tahun.. Masa umur 18 tahun aku bercinta dengan ex bf aku… Hampir 2 tahun.. Kali pertama jumpa bf aku tu min dia hensem.. Tapi dia orang kampung.. Aku jumpa dia pun dari dalam wechat.. Dia dulu bf akak angkat aku.. Tapi sebab dorang dah berpisah aku plak kapel dengan dia.. Aku nak cite pasal ni memang panjang min.. So aku nak pendekkan..
Sebab aku terlalu cinta aku gadaikan satu2 nya dara aku kat dia min Sebab aku sayang dia gila2.. dia janji nak kawin dengan aku.. Nak bertanggungjawab tapi dia tipu min.. Kita orang kapel putus kapel putus.. Dia buat aku ni macam perempuan simpanan dia. Macam sampah min.. Sampai satu hari aku pesan kat dia.. Jangan sesekali mintak pisah lagi.. Takut aku tak kembali… Tapi dia degil min.. Dia mintak pisah. Dia cabar apa yg pernah aku cakap min.. Aku sedih.. Dan aku blah dari hidup dia…
Beberapa bulan min aku dapat pengganti min Suami aku sendiri Aku terlanjur dengan suami aku sampai aku mengandung Mulanya aku nak gugur kan Tapi dia larang Dia nak bertanggungjawab.. Aku kenal suami aku baru 3 bulan min sebelum kawin.. Aku mengandung sebelum kawin.. Mak ayah aku mulanya tak tahu.. Tapi aku dah bagitahu dan family aku kecewa tapi dorang redha kalau nasi dah jadi bubur. Lepas bersalin aku kawin dengan dia. Suami aku baik min. Apa aku nak dia usaha dapat.. Sekarang aku umur 21 tahun dan suami aku 24 tahun.. 10/2/2018 hari tu aku lahirkan anak perempuan aku yang sangat comel.
Aku bersyukur keluarga aku banyak bagi semangat dekat aku.. Dan ayah aku banyak tolong aku dari segi kewangan…
Aku bersusah payah dengan aku dulu min.. Dari kitorang pakai motor ex 5 .. Sewa rumah tingkat 4 yang kotor dan buruk. Bekalan air Pun kene buka dari bawah rumah… Satu hari ada rumah tingkat satu (rumah flat) ada yang nak disewa… Aku nak sangat rumah tu sebab cantik.. Dinding semua dah di cat. Deposit rumah pun tak ada.. Masuk terus bayar bulan2 je min.. Masa tu aku mngandung 5 bulan.. Malam2 aku cakap an anak aku.. Aku nak rumah tu. Alhamdulillah aku dapat min.. Rezeki anak aku…
Lepas tu MIL aku plak datang dengan adik bongsu suami aku dok situ.. Suami aku susah payah cari lori untuk ambik barang2 MIL aku dari rumah MIL ke KL.. Aku tak berapa suka MIL aku.. Selalu perangai MIL aku.. Aku mengadu kat husband aku.. Alhamdulillah suami aku dia memahami dan dia selalu menyebelahi aku.. Aku tak pernah halang suami aku bagi duit kat MIL aku.Tapi MIL aku asyik ungkit hutang dia dengan anak dia..
Aku kesian kat suami aku.. MIL aku masa datang rumah aku dia cakap dia tak nak masak sebab dia nak cuci tangan.. Dengan aku preggy aku gagahkan kaki aku masak.. Ada sekali dua aku tak masak.. MIL aku mengadu kat laki aku.. Laki aku backup aku bila MIL aku sindir aku.. MIL aku merajuk dia balik rumah dia.. Sebab kat sana dia ada rumah bekas FIL aku duduk.. FIL aku duduk sana skarang dengan bini baru dia.. MIL aku dah lama bercerai an FIL aku.. MIL aku balik sana sbb ada sebahgian rumah dia lagi… So dia sok situ.. Lpas aku bsalin dia balik rumah aku balik.. Kadang MIL aku suka cakap belakang. Tu aku malas bak tegur dia..
Lepas semua barang dia.. Dia ambik dari rumah aku.. Laki aku jgak terpaksa cari lori lagi untuk angkut barang dia.. Nasib MIL aku yg bayar semua.. Sampai sekarang MIL aku tak datang rumah aku.. Ayah aku bagi duit kat aku untuk beli mesin basuh dengan peti ais.. Alhamdulillah rezeki. Ayah aku sesen pun tak minta balik duit dia.. Janji aku hidup senang.. Laki aku kerje perabot.. Kadang orang2 kaya yang nak buang perabot yang cantik2 laki aku ambik.. Rezeki aku melimpah… Sampai sekarang laki aku pakai motor.. Tapi bukan ex5 ..moto ex5 laki aku kene curi masa dia pergi ambik barang2 MIL aku..
Aku menangis min.. Motor tu banyak berjasa dengan kita orang… Lepastu kawan dia nak bagi motor kat laki aku.. Motor kriss lah.. Mula memang tak cantk.. Lastly laki aku tacap lawa2, kawan dia cuma mintak geran moto ex5 dia je.. Lepastu dia bagi moto kat suami aku.. Aku bersyukur min.. Walau mulanya aku tak yakin dengan rezeki ni lama2 Allah tunjuk kat kita.. Pernah sekali min masa aku mengandung.. Time tu susah gila.. Sampai nak makan pun kene pinjam duit kan kawan2 suami aku.. Masa tu kami makan kt tesco.. Ada lah orang ni jual keset, buku agama..
Laki aku time tu duit ada 15 ringgit je min.. Aku kate jangan.. Tapi dia bagi juga sebab nak tolong.. Dia kate kat aku min mane tahu kita sedekah nanti kita dapat lagi rezeki… Memang betol min.. Rezeki kita orang melimpah… Even kitorang tak kaya mnepun… Tapi rezeki sentiasa mengalir macam sungai…syukur sangat. . Laki aku ni stiap hari mengalah dengan aku kalau bgaduh.. Selalu buat aku tersenyumm.. Memang setiap hari dia buat aku gelak macam orang gila.. Bila ada duit dia tak pernah kedekut… Apa aku mintak dia bagi je min…aku harap cerita aku bagi pengajaran buat yang suka cari laki kaya tu.. Tq min