Assalamualaikum Admin dan Warga KRT.. Saya nak tanya pendapat Warga Krt.. Saya dah kahwin dekat 2 tahun Dan sekarang saya mengandung anak sulung Baru 4 Bulan Dari sebelum kahwin sampai selepas kahwin suami saya suka cari Bekas isteri Dia balik.. Saya ingatkan lepas saya kahwin dengan dia , dia tak kan cari dah Bekas isteri Dia.. Sebab dia dah janji dengan saya.. Sekarang saya dah hamil anak dia.. Tapi dia tetap cari Bekas isteri dia lagi.. Dia Pernah ada kisah silam dengan Bekas isteri Dia.. Saya maafkan sebab tu kisah lama.. Kisah sebelum dia kenal saya lagi.. Tapi kenapa sampai sekarang dia masih lagi cari Bekas isteri dia tu..
Saya dah penat maafkan dia.. Baru jew 2 hari lepas dia cari balik.. Saya jumpa bukti semalam.. Saya mengamuk lah.. Saya bimbang dengan kesihatan kandungan saya.. Sebab suami saya selalu buat saya stress.. Saya buat keputusan untuk tidak lagi bagi peluang pada dia.. Sebab dah berpuluh kali saya bagi peluang.. Tapi sekarang hati saya dah betul2 hancur dah.. Saya tak tahu apa kekurangan saya sampai dia perlu tetap cari Bekas isteri dia..
Saya dah tanya dia apa kekurangan saya.. Sebab semua apa yang dia nak saya bagi, nafkah dia takbagi sebab duit takmencukupi, cukup2 untuk makan jew.. Tapi saya takmintak, sebab saya cuba untuk faham dia, saya lakukan semua tanggungjawab yang seorang isteri harus lakukan, tapi masih lagi dia cari Bekas isteri dia.. Tapi Dia cakap saya takde kekurangan, semuanya terbaik.. Apa Lagi yang perlu saya buat?? Saya dah penat .. Penat sangat2.. Warga KRT semua.. Boleh bagi pendapat apa yang perlu saya buat sekarang?? Mohon bantuan.. Jangan Kecam.. Thanks Admin




