Slm, hide profile yer
Saya dah kahwin buat kalik ke 3. Masa berkenalan sy tahu bakal suami itu suami orang. Semasa jadi madu sebagai isteri kedua saya boleh je terima segala kekurangan rumahtangga saya ini. Saya terpaksa berahsia daripda pengetahuan isteri pertama dia. Bila isteri pertama tahu, bising dan mengamuk dia. Siap minta dilepaskan. Suami saya pun ceraikan dia.
Skrg dah masuk tahun ke3 sy berkahwin buat kali ke 3 ni… saya mmg akan melakukan apa yang saya mampu untuk pertahankan rumahtangga sekarang. Saya mampu dari segi kewangan, saya menyara anak2 daripada suami pertama, dgn suami kedua tiada anak, dengan suami sekarang masih belum ada rezeki. Saya sudah pun berumur 49 thn.
Masalah sekarang, bekas madu sy tu, asyik sms minta nafkah anak2, rimas saya. Bekas madu tu mampu je bela ank2 mereka, tak ramai pun, 2 org sahaja. Hey u… gila talak ker? Suami saya pula mmg tidak akan bagi nafkah sebab si isteri yg minta utk dilepaskan, biarkan dia katanya…nak ajar sikit. Lagipun suami mengatakan yg bekas isteri telah meracuni fikiran anaknya dgn menuduh bekas suami macam macam. Anak remaja suami berumur 18 thn dan 12 tahun.
Sejak bernikah dengab suami sekarang walaupun diluar pengetahuan isteri pertama, kami telahpun menunaikan umrah bersama, dah pergi Haji pun. Berjalan luar negara tak payah cakaplah, memang kerap sangat. Semasa suami nikah dulu dgn isteri pertama, nak berjln dalam Malaysia pun payah kena kira setiap sen. Aduh…sungguh berkat rumahtangga kami, lapang dan bahagia.
Utk bekas isteri suami saya, iaitu bekas madu saya, awak terimalah takdir awak ya. Bela ank2 tu dgn baik, jgn ganggu kami ya. Pandai pandailah awak nak hidup anak beranak ya.
Siapa ckp kahwin senyap senyap tak boleh bahagia. Siapa, siapa? Kalau nak label saya perampas pun label lah… Ada aku kisah? Yg penting kmi bahagia! fhm!
May 2, 2018
“Sejak bernikah dengab suami sekarang walaupun diluar pengetahuan isteri pertama, kami telahpun menunaikan umrah bersama, dah pergi Haji pun. Berjalan luar negara tak payah cakaplah, memang kerap sangat. Semasa suami nikah dulu dgn isteri pertama, nak berjln dalam Malaysia pun payah kena kira setiap sen. Aduh…sungguh berkat rumahtangga kami, lapang dan bahagia.”
hahaaa…mmg la dpt brjln sesaja…dah ko amek laki dia lpas laki dia senang. Masa awal kawin dgn bini first tu tgh nk bina hidup.. susah2 bina hidup ngn bini lama..bila dah senang kau sondol..mmg la ko dpt senangnya..bini lama yg bergolok bergadai nk jdkn laki dia mcm yg ko dpt..mmg ‘berkat’ la sgt tu..tahniah la sis oi..
May 2, 2018
Lagipun mmg hak dia nk mntak nafkah anak2..kalo dah sggup terima laki org..kena sggup la terima akibatnya..jgn tau nk senang je..