Salam admin. Hide FB saya ya.
Saya Minta Pandangan warga KRT semua.
Saya baru berkahwin 2 bulan. Al kisah nya, isteri saya tidak bersungguh dalam melayan tuntutan batin saya. bukan itu yg sy nak jadikan kayu ukur kesolehan isteri saya, tetapi isteri saya jelas menunjukkan dia bersifat DINGIN.
1. Dia tidak pernah meminta sy menjadi imamnya, bahkan pada sesuatu masa tu, sy sedang solat dia pun solat juga betul2 di kedudukan makmum perempuan. kemudian saya menunggu nya untuk rukuk takut dia tak sempat nak kejar saya. tapi saya TERKEJUT dia rukuk awal dari saya menunjukkan dia tak berimamkan saya.
2. sewaktu di rumah, isteri saya tidak pernah dtg kpd saya seperti seoranng isteri yg mendambakan seorang suami. dia hanya buat hal dia sahaja. bahkan saya rasa saya hanyalah “kawan” dia sahaja.
3. apabila saya ajak bersama, dia menolak mengatakan letih dan takda semangat. (dia kerja 5 hari seminggu). takkan hari2 letih kot. dia kerja sebagai guru. pada weekend juga dia tidur awal juga. bahkan lepas balik kerja dia hanya duduk sekejap dgn saya, tapi tak mesra seperti seorang isteri yg nak bermanja dgn suami. lepas itu dia masuk bili, buka telefon (main game macam roda impian) pastu tidur. saya cuba bermain tarik tali, saya duduk di luar. tapi dia tidak hiraukan saya pun, takde rasa macam dia abaikan suami dia pun.
4. saya ada membuka perbincangan dgn nya, saya meluahkan segala gala nya.. saya ada tanya, “awak ada orang lain di hati awak? kalau ada, saya takkan paksa awak bersama saya, saya akan lepaskan apa g bukan milik saya” (dalam keadaan sedih). dia geleng kepala tangga takda. saya musykil, dia bagi tau dia kata “SAYANG TAK RASA SERINYA KAHWIN, BERBANDING APA SYG EXPECT SEBELUM KAHWIN”.. saya terkejut, selama 2 bulan kahwin, duit belanja saya bagi, baju saya belikan, beg tangan sy belikan, tak pernah mengarah dia, tak pernah tinggi suara dengan dia, mengapa dia kata “SYG TAK RASA BEST PUN KAHWIN” ?? . Saya seorang bisnesman, office saya kat rumah sahaja, baju saya, saya sendiri basuh. sedih juga sbb isteri saya tak sentuh baju saya utk basuh. bukan nak suruh dia buat kerja pun, tapi saya nak tengok dia care pasal saya.. tapi tidak. BAHKAN tiap2 malam saya yang beria peluk isteri saya masa tidur. tapi kadang2 dia menolak dia cakap “B, TAK PAYAHLAA SYG PANASS NI” .. Sedih saya. kalau saya rela berpanas demi isteri, tapi isteri saya takda nak tahan skit panas tu jelas dia tak selesa.. orang kata kalau dah “STIM” panas pun tak rasa sbb best.. ni TIDAK.
5. MASA TENGOK TV, isteri sy tak dtg pd saya duduk berhimpit malah dia lebih suka duduk seorang. sy tak harapkan SELALU tapi saya nampak dia tak layan saya sbg suami, tp mcm kawan biasa,
6. Dia pernah cakap, “B, Pergilah balik KL jenguk kawan2 sana 2-3 hari” sebelum ni saya di KL sebeluh kahwin, lepas kahwin saya menetap di PERAK. persoalanya adakah patut dia mcm nak suruh saya jauh dari dia pulak sedangkan kita berusaha dekat dengan dia??. begitu juga kebiasaanya, dia semacam tak perlu “bergantung” pd saya.. dia rasa dia mampu buat semua kot.
SAYA SYG ISTERI SAYA KERANA BG SAYA SAYA HANYA TAHU SETIA. ANDAI ISTERI SAYA TAK MAHU SAYA LAGI, SAYA AKAN BUJANG SAMPAI KE MATI, KERANA CINTA SAYA SATU. SAYA TIDAK PANDAI MENCARI YG LAIN. ?
KAMI BERCINTA SELAMA 8 TAHUN, SEBELUM KAHWIN DIA LANGSUNG TKDE MENUNJUKKAN CIRI2 SEPERTI TAK NAK KAHWIN BAHKAN EXCITED. SAYA SEDIH, TERTEKAN KADANG MENANGIS KETIKA ISRTERI SY TAKDA DI RUMAH, ???
SAYA NAK MINTA PENDAPAT DAN PANDANGAN ya…