Assalammualaikum warga KRT.
Saya seorang isteri yang sedang hamil 5bulan. Ini ialah anak sulung saya dan suami. Ya, suami telah melafazkan cerai pada bulan april lalu. Ketika itu kandungan saya baru masuk 12 minggu. Oh ya kami baru berkahwin pada bulan disember tahun lepas. Punca kami bercerai adalah kerana suami marah cara saya handle customer dan menganggap saya ni pembawa s!al dalam hidupnya. Business suami telah jatuh sejak berkahwin dengan saya. Yelah sejak saya hadir, bermacam masalah dan dugaan yang mendatang. Dan segala caci makinya memang menjadi makanan harian saya. Tapi saya tidak ambil hati kerana menganggap mungkin salah saya sendiri yang tidak tahu menjaga hatinya kerana kami masih baru.
Setelah bercerai, saya telah kerumah keluarga angkat saya, dan disebelah malam suami telah meminta maaf dan mengaku dayus kerana telah mencerai, memukul dan mencekik leher saya. Saya maafkan dan hanya minta tempoh masa untuk memikirkan hala tuju kami. Ya, memang malam itu juga kami ada berbincang rujuk kes kami ke mahkamah dan ingin rujuk semula demi anak dalam kandungan. Saya meminta izin untuk pulang ke kampung kerana ingin berbincang dengan ayah dan ibu. Tapi sejujurnya sepanjang di kampung, saya jarang berhubung dengannya. Supaya saya dapat ketenangan dan perlukan masa fikir tentang hubungan kami semula.
Suatu hari, saya merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh suami. Naluri saya kuat mengatakan bahawa suami ada perempuan lain dihatinya dan saya gelarkan nya dengan nama Jay. Jay ialah staf partime kami di Ofis, oh ya saya juga mengenali Jay dan sekiranya saya dan suami bercanggah pendapat di ofis, Jay akan menenangkan kami. Sepanjang ketiadaan saya, Jay yang banyak membantu suami dalam uruskan pelanggan. Saya menghubungi Jay dan bertanyakan tentang hubungannya dengan suami. Tetapi Jay menafikannya dan menganggap suami hanya sekadar abang sahaja.
Okay saya cuba menerima dan menganggap mungkin saya yang berfikiran negatif disebabkan emosi mengandung juga. Jadi setelah 2minggu dikampung, saya telah kembali ke Kl atas urusan mahkamah kami. Urusan mahkamah kami akan mengambil masa yang lama. Dan sepanjang di Kl saya memang tidur dirumah mertua. Oh ya Jay dan saya memang sentiasa berhubung dan dia tahu tentang perpisahan suami dan saya. Jay sentiasa memberi kata semangat sehinggalah suami mengajak saya iftar bersama Jay. Saya okay dan menurut sahaja kata mereka. Ketika iftar, alangkah terkejutnya saya apabila suami bertanya pada Jay sama ada sayangkannya atau tidak dan akhirnya Jay mengaku sayangkan suami.
Suami mengatakan pada saya bahawa dia mahu saya dan Jay. Suami mengatakan dia mampu berlaku adil. Ketika itu saya tiada pilihan dan saya setuju dengan syarat dia tidak tinggalkan saya dan anak. Suami saya mohon maaf dan berkata ” kasih sayang memerlukan pengorbanan”. Jay ws memohon maaf kepada saya kerana telah menipu selama ini kerana turuti arahan suami. Setelah persetujuan itu, suami seperti mengelak setiap kali saya ingin bertemu dengannya. Dan dia akan melebihkan Jay daripada saya. Pernah suatu pagi ketika saya mahu kejutkannya sahur, dia tiada dibiliknya. Rupanya Jay merengek minta teman sahur bersama. Setiap kali saya dan suami keluar mesti Jay akan call atau minta menemaninya kemasa sahaja. Suami saya akan turut segalanya dan endahkan saya.
Kadangkala suami akan tunjuk segala ws atau gambar dia selfie bersama Jay. Ya, memang rasa sangat sakit bila suami yang baru kita kahwini belum sampai setahun mudah berubah hati dalam sekelip mata. Bila saya tunjuk ws kami yang lama, suami akan minta untuk saya move on dari hal yang lepas dan mengaku dia terpaksa mungkir janji. Sehinggalah suami hantar screenshot Jay yang menyatakan tidak sanggup bermadu. Umpama menyuruh suami memilih salah seorang dari kami. Suami seperti runsing dan dia tidak mahu lepaskan Jay. Dia tidak tahu mahu pilih yang mana. Bermula dari itu, setiap hari suami akan pulang lewat malam. Kadangkala, iftar pun tidak pernah sekali dengan keluarganya. Dia akan solat maghrib dahulu kemudian baru makan seorang diri. Tapi kadangkala dia akan suap saya makan sekiranya dia lihat saya muntah akibat alahan atau tiada selera makan. Pernah sekali dia pulang lewat saya masih tonton tv di ruang tamu, Dia datang dan tengok kuku saya panjang lalu dia ketipkan sambil Dia berkata saya tak tahu kenapa saya tidak ada lansung rasa sayang kat awak, saya hanya kasihankan awak”. Malam itu memang saya tidur dengan air mata.
Sepanjang mengandung semester pertama memang emosi saya terganggu. Berat saya turun 5kg kerana tiada selera makan. Kadangkala dia layan saya baik sekali, kadangkala anggap saya macam tidak wujud. Dia lebih banyak habiskan masa diluar bersama Jay dan menyatakan Jay bukan orang ketiga. Dia kata Jay muncul setelah dia lafazkan cerai pada saya. Dia menyalahkan saya kerana sepanjang 2minggu di kampung, saya telah memberi peluang kepada mereka untuk semakin rapat.Suami mengatakan bahawa Jay pandai ambil hatinya dan suka dengan sifat manja Jay. Yalah Jay baru 20tahun kan, memang masih difasa gedik lagi..
Keadaan terus berlarutan sehinggalah minggu terakhir raya. Saya terpaksa pulang beraya seorang diri dikampung kerana suami tidak mahu pulang, padahal tahun itu sepatutnya giliran saya. Paling remuk hati apabila saya dapat tahu dia ke Genting Highlands bersama Jay pada hari raya pertama. Hancur dan luluh hati saya hanya tuhan yang tahu. Dia hantar gambar2 mereka ketika di Genting. Sepanjang saya dikampung dia akan hantar gambar mereka berdua. Kadangkala Jay sengaja upload gambar dalam kereta suami dan sebagainya. Ya allah sakit hati ini hanya Allah yang tahu. Ya, sejak saya dan suami berpisah, business suami maju semula. Dan apabila saya tegur suami dengan bangga diri berkata sejak jadi dudakaya ni ramai pula yang mengoratnya.
Sedih hati hanya allah yang tahu.
Saya cuba minta kekuatan untuk perlahan melepaskan suami kepada Jay. Saya mohon doa supaya allah beri pertunjuk kepada suami. Pernah terdetik dihati supaya allah tunjuk saya kah yang membawa s!al dalam hidupnya. Saya cuba kuat kawal emosi kerana anak dalam kandungan. Saya sedih apabila perkara ini terjadi ketika saya mengandung. Saya tiada tempat mengadu. Hari2 saya berdoa supaya allah hilangkan rasa kasih dan sayang saya pada suami. Saya tidak mampu lagi hadap segala dugaanNya. Saya tidak pernah imagine benda ini akan jadi dalam hidup saya. Dan Alhamdulillah akhirnya hati saya boleh redha dengan apa yang terjadi. Kadangkala saya rasa mula benci kepada suami.
Suatu hari, saya dapat tahu suami ingin menjual ofisnya. Saya terus bertanyakan kenapa mahu menjual semua dan dia berkata business sedang jatuh teruk. Dia tidak mampu untuk rolling modal. Saya rasa bersalah, adakah kerana akibat doa2 saya yang dahulu? Saya hanya mampu bankin beberapa ribu yang termampu kepada suami. Kes mahkamah kami masih belum selesai. Jujur sekarang saya menjadi tawar hati dengannya. Tetapi saya kasihan setelah tahu masalah suami. Entah lah, sekarang saya runsing. Saya tidak tahu apa perlu dilakukan. Kalau suami ajak untuk rujuk semula, apa yang perlu saya lakukan? Anak dalam kandungan perlukan kasih sayang ayahnya. Dan bulan depan saya perlu hadir ke mahkamah untuk urusan penceraian kami. Mungkin urusan rujuk pada hari itu juga. Saya nak minta pendapat semua warga KRT apa yang sepatutnya saya buat sekarang? :’) Doakan saya terus kuat untuk baby dalam kandungan. Thanks admin.