Assalamualaikum admin dan semua pembaca KRT. Jika cerita ini di post kan, aku ingin bertanya pendapat kalian. Aku harap admin yang baik hati beri peluang pada aku. Actually aku malu nak bercerita tapi aku terpaksa Admin if you tak nak post pun tak apa at least you reply me bagi nasihat. I really need it. Aku dah berkahwin dan ada anak. Aku sayangkan husband cuma hati aku terluka kerana sikap dia yang suka menipu aku sedangkan aku lebih suka orang yang bersikap jujur walaupun sakit untuk menerima tapi in shaa Allah aku boleh terima.
Aku bekerja, bawa anak ke tempat kerja. Dari A-Z aku yang uruskan anak but sometimes husband, itu pun mandikan anak, pakai baju and basuh botol. That’s all. Lain? Aku yang uruskan. Balik kepada cerita aku. Kenapa aku terluka sebab ianya berkaitan dengan ganja dan sikap. Aku terkilan sebab aku dan husband dah buat perjanjian, jika dia langgar perjanjian tue jatuh talaq satu. Instinct aku tak pernah salah tentang suami, bila aku tanya tak pernah mengaku sampai la satu hari tue dia mengaku dan aku terkelu dan berlagak macam nothing happen and the reason is ‘sebab stress’. Setahun lebih dia diamkan.
Aku dah naik court but coming soon pun akan naik lagi. Cuma aku nak tanya pendapa, perlu ke aku bagi dia peluang kerana anak aku masih kecil lagi? Perlu ke aku bagi dia peluang kerana dia boleh berubah sedangkan sebelum nie aku dah pernah bagi peluang dan ini peluang ke 2.
Sikap dia yang pemalas, susah nak tolong aku mengemas dan sebagainya. Tengok video yang tak sepatutnya. Fikir penat dia, penat aku tak pernah fikir. Tidur aku tak pernah cukup. Entah la, aku sedih, aku terluka tapi dalam masa yang sama aku masih sayang cuma sayang aku tak macam dulu. Tolong la bagi nasihat atau apa pandangan.
Aku teringin dididik dengan baik, solat bersama tapi entah la. Angan angan. Aku kurang hormat suami lepas apa yang jadi , Aku tahu berdosa tapi aku tak tahu kenapa aku macam nie. Mungkin aku terlalu terluka. Aku boleh terima dia seadanya, kesusahan yang dia alami, tak pernah aku tinggalkan. Tapi sedikit pun dia tak pernah hargai. Berjanji dan berubah tapi tak lama. Entah la, aku pun tak sempurna tapi aku perlukan pandangan orang luar. Itu sahaja, terima kasih




