Saya dah berkahwin 10 tahun… anak pertama dah nak masuk 9 tahun… lepas anak pertama usia 11 bulan, saya lahirkan anak kedua pulak… jarak lebih kurang setahun je.. tiap kali mengandung suami akan suruh gugurkan… tapi saya tak ikut, sebab saya tau berdosa kalau gugurkan… saya tetap teruskan jua…
lepas anak kedua, saya ambik injection perancang kerana takut, sangkut tiap tahun.. lepas 5 tahun saya tukar kepada pil perancang… satu masalah utama saya, lupa makan ubat… tahun lepas saya pernah di sah kan mengandung tapi sayang nya gugur pada hari ketiga selepas mengetahuinya kerana stress dengan sikap suami bila tau hal saya mengandung… dia langsung tak nak tengok muka, tak nak bercakap pun dengan saya… Bila saya keguguran , baru dia nak layan saya… sakitnya hati dengan perangai macam tu… adakah anak satu bebanan kepada suami?..
sekarang ni saya mengandung lagi tapi takut nak bagi tau suami saya takut dengan respond negatif seperti yg sebelum ni… tiap kali nak bagi tau, mulut bagaikan terkunci… anak2 dah teruja nak dapat adik lagi… ape yg harus saya lakukan?.