Assallamualikum admin dan rakan krt,saya nak tanya dan mintak pendapat,perkara ni baru saja berlaku pada saya,saya dan isteri tidak lagi duduk bersama,saya sendiri tidak tahu sebab dan punca,kenapa tiba² isteri mintak cerai selama kami duduk bersama isteri tidak berkerja dan kami tidak pernah bergaduh,bila tanya isteri kenap dan apa masalah nya isteri tidak cakap cuma mendiam kan diri saja..
Dia meminta saya melepaskan nya dengan cara baik,tapi saya enggan dan pertahankan perkahwinan kami ini,rasa sayang pada nya tidak pernah hilang di hati saya,saya cuba mencari di mana kah silap dan punca masalah kami ini,tapi saya tak jumpa atau nampak mungkin saya terlepas pandang atau entah lah hanya dia yang tahu,sedih bila mertua mengambil peguam untuk anak nya untuk mohon cerai dimahkamah,selepas itu dia tidak pulang ke rumah dia duduk di rumah keluarga nya..
pada masa itu Isteri tinggal kan saya dan anak macam itu saja,kami ada seorang anak lelaki berusia 6bulan,masa itu memang sedih hati ini sakit sangat² allah saja yang tahu,nasib baik lah masa itu anak ada bersama saya,jadi saya tidak berasa sunyi sangat masa itu,ketika saya berasa sedih anak lah tempat saya meluahkan perasaan dan apa yang tersimpan di hati masa tu,walau pon anak baru berusia 6 bulan tapi anak macam faham apa yang saya cerita kan padanya tjcd,tapi tidak lama kami bersama,saya tidak tahu langsung isteri ada mohon hak jagan anak sementara,
Tiba² isteri dan mertua datang dengan membawa surat perintah dari mahkamah untuk mengambil anak,hancur hati ini sedih semua ada masa itu,sampai sungguh hati dia buat saya sampai macam itu sekali,masa tu saya tidak benarkan jugak dia mengambil anak,saya cuba memujuk dia sehingga kan saya membuat diri ini tiada maruah langsung, Saya melutut dan merayu pada dia, saya mintak dia datang esok sebab rasa terkejut dan saya tiada persediaan,tapi dia seolah² tiada perasaan lansung masa tu,terpaksa jugak lah beri,bila sorang² di rumah sentiasa teringatkan anak rindu semua ada,air mata memang tak berhenti hati rasa sakit,asik teringat dan terdengar suara anak di rumah ini,
memang ada berdoa solat pada allah,tapi bila sendiri pasti akan datang semua memori kenangan bersama di rumah ini,rindu sangat pada anak teringin nak jumpa,tapi bila saya pergi rumah mertua mereka tidak buka pintu seolah² macam tiada orang di rumah,sedang kan kenderaan ada di rumah,macam mana nak buat supaya saya tidak terfikirkan sangat perkara ini,apa yang saya perlu buat bila saya rindu pada anak,kadang rasa diri ini sudah tidak kuat lagi..tiada niat untuk mengaib kan sesiapa,tiada lagi tempat untuk meluahkan perasaan…mohon maaf kalau ada silap dan salah..