Tolong hide saya pls. Ni acc fb lama saya. Saya ada masalah dengan suami. Saya dah kawin hampir 2 tahun atas dasar suka sama suka. Saya berdua tinggal di rumah sewa. Pada awal perkahwinan saya rasa keliru antara rasa bahagia dan menyesal. Suami seorang yang baik tapi banyak sangat kelemahan dia saya dapat tahu slps kawin.
Suami memang seorang yang penyayang dan romantik. Dia tak pernah tinggikan suara dan selalu cakap baik2 dengan saya. Rajin bekerja walaupn gaji dia cukup2 untuk perbelanjaan kami walaupn dia tak pernah dapat buat simpanan. Dia banyak tolong saya buat kerja rumah. Saya pernah kegugguran tahun lepas yang menyebabkan saya demam teruk selama 1 minggu.
Alhamdulillah suami jaga saya elok2, mandikan saya, suap nasi, pakaikan baju, even saya buang air besar sekalipn dia yang tolong basuh. Tapi kelemahan suami saya ni dia miskin, tak hensem, tak pandai membaca, tak boleh memandu dan motor pn dia takde lesen. Kadang2 saya rasa menyesal kawin dengan suami sebab saya nampak banyak kelemahan dia. Makan pun kene catu.
Tapi saya tak nafikan suami orang yang romantik, saya rasa dia ikhlas sayangkan saya. Dia suka sangat peluk2, gurau, belai saya yang kadang2 buat saya rimas sangat. Layanan dia kat saya still macam tu dari mula2 kawin sampai sekarang. Masalahnya 3 minggu lepas masa saya kemas2 rumah suami saya datang peluk dari belakang saya rasa rimas sangat sebab panas saya pun dengan spontan bagi siku kat perut suami.
Kuat jugak la sampai dia terduduk. Saya pun marah2 kat dia cakap serabut sangat. Saya menyesal sangat buat suami macam tu. Suami dah tak nak cakap dengan saya dah, dah puas saya pujuk. Tengok saya pun dah tak nak. Masa malam dia tido kat ruang tamu dan bila saya ikut baring kat ruang tamu dia masuk bilik lepas tu kunci.
Nafkah zahir dia masih tunaikan beli barang dapur dan bagi duit poket kat saya. Tapi dia langsung tak nak sentuh saya tak bagi nafkah battin. Dah 3 minggu kami macam ni. Dah puas saya mintak maaf still macam ni jugak. Saya rasa kehilangan, saya rindu belaian dia. Saya rasa menyesal sangat. mintak bantuan makcik2 macam mana nak pujuk suami.




