salam min,maaf pakai fake acc. saya nak share macam mana saya survive dalam rumah tangga yang tak bahagia. perkahwinan 4 tahun, anak sorang umur 2 tahun lebih, Awal perkahwinan saya berkerja , dan saya tangung segalanya duit rumah suami bayar tapi kadang2 saya yang bayar. saya menangung keluarga hingga anak berusia 1 tahun. lepas tu saya resign .suami mula stabil.
Dari sini, saya dapat merasa menjadi seorang yang tak ada duit. orang akan pandang hina. ditambah ipar duai yang kuat menghasut. suami mula berubah, tersasar jauh dek kerana hasutan kakak dia. Bermula episod menderita di tinggalkan suami berminggu2 dimakki diherdik pendapat saya dah tak berguna. pendapat kakak dia adalah betul walaupun salah.
sekarang saya dah puas menagis, meratap nasib, perlahan2 saya mula bangkit, bina jati diri, cari duit sendiri melalui berniaga, saya ubah mind set, ini adalah ujian allah, jangan hrapkan apa2 dari suami, saya hanya pandukan hati saya ,bergantung harap pada yang esa.
saya mula kejar cinta illahi, saya dah bosan kejar cinta manusia.
Sebenarnya allah dah tarik rasa cinta saya pada suami, hati dah tiada rasa. saya derita tapi saya bahagia dalam kemanisan iman dan ibadah. saya boleh menagis jika terkenang dosa walaupun dosa kecil. Tetapi jika di herdik suami setitis air mata pon tak gugur. setiap hari lepas solat saya bermonolog dengan diri sendiri. aku bertahan dalam perkhawinan ini keranamu ya allah, aku masih ada anak yang perlukan kasih sayang seorang ayah.
Aku sedia berkorban didunia ini aku redha seredhanya jika bahagia aku bukan didunia. berilah ganjaran untukku diakhirat. saya tak kan mintak cerai selagi suami tak menheret saya untuk langgar akidah. buruk mcm mna pon suami, jika dia tak redha kita tak masuk syurga..
ini adalah coretan saya sebagai seorang isteri dan ibu yang ingin hidup dalam redha suami dan allah swt.
Biar anda kata saya bod0h. Ya mungkin betul saya bod0h. saya tak dapat nak simpulkan apa yang saya rasa. cuma apa yang boleh saya katakan. Allah belom gerakkan hati saya untuk tinggalkan perkhawinan yang penuh derita ini..




