assalammualaikum ,hai krt
saya nak share cerita saya and minta pendapat semua. saya baru brkawin ,saya isteri ketiga. yang saya pelik sangat sekarang ni madu saya yang no 2 ni langsung tak boleh trima sayapadahal dia sndiri isteri kedua, masa saya baru kawin dia tahu psal saya, dia siap cakap dekat saya tahniah, dan selamat datang ke poligami, siap pesan dekat saya “poligami adalah perkara yang paling mencabar minda akal dan fikiran ye dik”, saya umur jauh beza dengan dia.
Saya ingat dia dah pnggil saya dik ni dia bole laa trima saya, tak sampai sehari tahu saya ni hadir dalam hidup dia. tanpa ku sangka langit yang cerah tiba tiba datang nye ribut. dia start dulu up gambar dengan suami. gambar itu laa ini la, tapi saya okay je. cuma ada juga lah tertanye diri sndiri perlu ke nak msukan macam tu. sebab saya tahu dia saje je nak sakit kan hati saya. Bila saya masuk kan pulak gambar saya denga suami, tak smpai berapa jam dia meroyan plak.
Dia marah suami sebab saya masuk kan gambar dengan suami, saya saja je up gambar nak tengok dia macam mana, tahu pulak dia sakit hati,.sebab isteri pertama tak ade pun nak masuk kan gambar kalau dengan suami, selama ni dia suka buat isteri pertama sakit hati sekarang ni saya buat lah pula dia sakit hati. saya buat ni cuma nak dia fkir sikit yang lain pun ada perasaan. bila kena kat diri dia, dia tak boleh terima. Lepas tu siap cakap yang dia tak boleh terima saya dia cuma boleh trima isteri pertama je.
Patutnya isteri pertama yang cakap macam tu tapi ni dah terbalik. saya dengan isteri no 1 okay je. lepas tu yang isteri kedua ni lebih lebih disuruh nye cerai kan saya. saya pun bukan nye nak up gmbar sangat kalau dengan suami. ye laa sebab saya ni fikir juga perasaan madu saya. tapi kalau dah lebih sangat pun tak boleh jugak. sekarng ni saya tak tahu laa kenapa dia tak boleh trima saya. dia sendiri pesan kat saya ,tapi dia jugak yang main kan akal dan minda saya.
Salah ke saya buat macam tu. tak perlu lah nak sakit kan hati orang.kalau tak nak hati sendiri yang sakit sekarang ni saya rasa dia dapat lah balasan apa yang dia buat kat saya dengan madu pertama saya tu. walaupun madu pertama saya tu sangat baik orang nye. yang tak pernah nak balas sikit pun kat dia selama ni. lagi satu yang saya pelik dengan madu saya no 2 ni bila turn dia dengan suami ,saya tak pernah lah nak kcau dyeorng punya time.
Tapi bila turn saya je dia sibuk text kalau tak reply mesti dia call dan call dan call terus call suami selagi buat2 phone dia tak habis selagi tu laa dia call. cuba nak kacau waktu saya dengan suami. mara mara suami saya ugut nak cerai lah apa lah. yang saya pelik dia pun isteri kedua, kenapa tak boleh trima saya? patut nye isteri pertama yang ada sikap macam ni. kalau isteri pertama macam ni saya bole lah terima apa dia buat, ini tidak. dia pun isteri kedua.
Dia cakap dia tak boleh terima saya sebab saya rampas suaminya lepastu cari alasan yang merepek contoh saya tak pakai tudung la itu laa ini lah. saya pening tengok perangai dia yang macam budak budak madu saya yang no 1 okay je dia plak lebih lebih. suami pun dah pening sedangkan dia pun sama je macam saya, yang lain jangan nak kecam sangat eh kang terkena dekat diri sendiri baru tahu hehe.




