Salam min, aku nak luahkan pasal istri aku dah hampir berubah 360°, aku story lah sikit pasal aku dengan die. Kami kenal dah 3 tahun jadi suami isteri 2 tahun, tak ada chaya mata lagi dah 2 kali gu gur, tapi aku dah ade anak dengan isteri pertama sepasang. Isteri aku ni rajin, suke masak tak pernah aku rasa lapar ada ja die makanan untuk aku, aku kahwin dengan die, die tak tahu pun aku dah kahwin sebenarnya, ye lah kalau aku bagi tahu yang aku dah kahwin mesti die tak nak kan.
Aku sembunyikan pasal istri pertama aku dan anak2 aku dari die, die ni student baru2 ni die praktikal di sebuah syarikat, biasa lah ramai ja lelaki so aku ni rasa tercabar lah, nak jadi kan cerita isteri aku ni tak pandai pon bergaya pakai tudung pon selempang macam makcik2 tapi tak apa aku tetap sayang. Die ni garang tapi manja tegas dan kuat pendam, masalah die susah nak cerita walaupun kat mak die sendiri.
Tapi kat aku die suka bercerita, kalau aku tak dengar die mula lah marah2. Benda ni jadi lepas 1 malam chat masuk aku bukak, time tu aku tak perasan pon die belakang aku, dan die nampak chat aku dengan wife first, die diam dan trus tidur. Aku hilang akal aku biar kan die reda dulu aku tak dengar pon die menangis. Aku peluk die dengan harapan die tak marah. Aku silap, die cakap tolong jangan sentuh die, die jijik.
Lepas dari malam tu die berubah sangat, dah pandai bergaya makeup kasut tinggi, baju fit, slow2 die berubah, dah sebulan aku perhatikan aku ikut die bila aku rasa curiga, tapi hampa tak ada pun laki lain dengan die, aku dah tak rasa manja die, mulut riuh die aku rasa sunyi, aku dah cuba terangkan silap aku, die cakap tak apa hati die dah tak qda pon, die dah kerja satu sen duit yang aku bagi die tak ambik, die cakap tu bukan hak die. Die solat pon sorang2 dah tak tunggu aku.
Die balik kerja masak dan buat rutin harian die, bila aku tanya sepatah ja die jawab, aku makin buntu. Hadiah aku beli kat situ aku letak die tak usik pon. Aku dah cuba pujuk tetap die tak peduli.
Die banyak diamkan diri tido pun dah tak sehaluan dengan aku. Aku nak buat apa sekarang. Aku sayang die, abang mintak maaf ayang. Abang tahu abang silap.. apa aku nak buat ni.