Salam min dan makcik pakcik bawang. Min tolong hidekan aku ye. Aku terpaksa buat fake akaun semata untuk luahkan dekat sini. Macam ni cerita dia. Aku ada gf yang dah bersama aku dekat 3 tahun. Dan aku rancang nak halalkan dia hujung tahun ni. Tapi min, aku rasa aku konfius dengan perasaan aku sekarang ni.
Aku sebenarnya nak tinggalkan dia, tapi aku kesian dekat dia. Boleh ke orang lain terima dia macam aku terima.
Aku bukan apa, aku Cuma nak seorang bakal isteri yang normal. Yang macam perempuan lain. Manja-manja, merajuk muncung-muncung minta kena pujuk dengan aku. Yang minta aku belikan apa-apa yang dia nak. Aku nak bakal isteri aku ni lagak seperti PEREMPUAN. Perempuan yang normal. Ramai yang nak bakal isteri memahami lelaki lah apa lah. Benda ni tak seronok weh. Bila aku baca page-page kata perempuan ni complicated lah apa lah. Bagi aku tak! Awek aku ni tak macam tu. Aku bagi contoh ya.
1. ORANG KATA PEREMPUAN COMPLICATED BAB MAKAN
Aku dan banyak kali cuba. Tapi awek aku ni senang sangat. Aku Tanya nak makan mana ni. Dia cakap “try lah makan tom yam dekat sini.” Sambil buka waze. Bila aku cakap tak nak makan nasi dia kata “tak pun kita pergi western, orang ada baca dekat fb tempat ni sedap lepastu murah.” Then dia buka fb tunjuk dekat aku. Aku kadang fade up. Aku nak juga dia kata “entah, ikutlah memana.””tak tahu nak makan mana.” Macam perempuan normal weh!!!
2. PEREMPUAN COMPLICATED BAB NAK SIAP/KELUAR JALAN
Ni pun aku hairan, kadang ada aku tengok dekat page-page yang dorang kena tunggu awek/bini bersiap lah apa lah kan. Sebab awek/bini nak make up, padankan baju dengan tudung, kasut lagi. Tapi awek aku tak. Aku sampai je dia dah keluar dari rumah, means dia dah siap dan dia yang tunggu aku bukan aku yang tunggu dia. Lagi satu aku rasa awek aku ni pengotor sebab beberapa kali aku perasan dia pakai tudung yang sama masa keluar dengan aku. Bila aku Tanya dia cakap dia suka tudung ni.
3. PEMAKAIAN
Bila jalan shopping mall atau lepak mana-mana mesti aku nampak awek orang lawa-lawa. Like perempuan, lepak mamak pun cantik je. Layan kerenah pakwe/laki dia. Tapi awek aku ni tak. Lepak mamak dia boleh pakai baju tidur. Kalau nak cover dia sarung sweater. Pergi mall ke apa pakai jeans t-shirt. Macam jantan dah awek aku ni. Aku kadang suruh dia pakai dress lawa-lawa. Dia kata rimas sebab lelaki pandang?
4. PERHATIAN
Ada satu tu aku baca kalau lelaki tak bagi perhatian dekat awek/ bini nanti dorang lari/ gaduh/ merajuk. Aku cuba buat juga. Aku cakap jangan ganggu aku nak main rank. Dekat 3 hari dia tak whatsapp aku sebab aku tak whatsapp dia. Aku rasa happy lah mungkin dia merajuk dan boleh gaduh manja. Kau tahu dia boleh kata apa? “macam mana okay tak? Banyak kalah ke menang. Noob” kau rasa ? awek aku ni tak ada perasaan ke.
Bila jalan mall tengok pasangan manja-manja minta belikan aiskrim apa lah. Pun aku cuba buat. Dia tak layan bro. aku try lah ikut ayat-ayat movie yang aku tengok. Try hard gila kan aku?? Tapi kau tahu dia buat ap? Contoh aku Tanya “yunk nak aiskrim mcd tu ke? Kalau nak biy belikan” tahu dia kata apa? Tahu tak?! “tak pelah. Kalau nak nanti orang beli sendiri.kalau biy nak orang belikan ya.” Aku macam fak.
5. DIA TAK SUKA LELAKI
Aku syak awek aku lgbt . sebab dia tak suka tengok lelaki. Kau bayangkan bagi aku lelaki tu perfect. Dia boleh buat donno siap gelakkan kata aku gay. Aku nak juga merasa awek aku buat aku jeles. Bila member2 cerita awek memasing ada kawan rapat lelaki diorang jeles sampai gaduh. Aku nak juga rasa tu. Tapi tak. Awek aku ni jenis ‘pergi mqmpus hal korang, korang. Hal aku, aku’. Aku naik fade up.
Aku tahu dia baik Tapi aku Cuma nak awek yang bakal jadi isteri aku tu perempuan yang normal yang pandai amek hati aku. Yang pandai merajuk. Ni bila aku marah sikit selalu perempuan menangis kan ?? awek aku gelakkan aku kata muka aku macam bqbun. Serius aku memang fade up dengan dia. Aku nak minta putus cara baik. Lagipun kami belum tunang. Aku pernah ajak dia tunang tapi dia kata semua tu menyusahkan. Dia nak nikah terus.
Aku syak antara dia ni lgbt tak pun dia ada lelaki lain. Bagi aku pencerahan semua. Aku konfius dengan perasaan aku. Aku tahu dah lama aku dengan dia, mungkin selama ni aku tahan sebab kenangan. Tapi sekarang aku bosan sangat. Hidup aku mendatar je. Tak ada naik turun. Gaduh tu jarang sekali. Kalau aku merajuk dia gelak, kalau aku marah dia gelak. Aku rasa awek aku ni gila dan dia bukan perempuan. Aku tak nak nanti lepas kahwin dengan dia aku menyesal then cerai berai. Aku tak nak semua tu. Mohon bantuan makcik pakcik bawang.





September 22, 2018
Kau bodoh
September 23, 2018
Your girl tunjukkan perangai perempuan yg sebenar. Kira ok dah tu. Lepas kahwin sume girl tukar kepada your girl la. Rasanya awak yg tak tahu apa itu perempuan yang normal.