Kepada warga krt yang dihormati. Seperti orang lain tolong hide kan profil saya demi kebaikan banyak pihak. Saya ingin berkongsi cerita dan juga ingin bertanya pendapat semua. Saya sudah berumahtangga 11 tahun. Dikurniakan anak-anak yang baik dan comel. Suami saya seperti ada 2 karektor, Kadang-kadang sebaik-baik umat namun kalau dia marah dia tak boleh control Sehingga saya sering di pukul. Sejak perkahwinan kami dia ada memukul dan saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana saya rasa itu adalah asam garam rumahtangga.
Namun pada tahun ini, ada satu insiden yang teruk berlaku dalam rumahtangga kami. Atas sebab saya merajuk tak mahu pergi makan dia bersikap tidak berperikemanusiaan dengan memukul, melempang, menumbuk dan menendang saya. Dalam keadaan saya belum makan kerana bekerja sepanjang malam (dia pun ada di ofis) kami kerja sendiri .. kerja2 yang melibatkan dateline. Selain perkara di atas apa yang saya tak boleh terima apabila dia meludah muka saya. Saya rasa terhina sangat. Selain meludah dia memukul saya dengan tali pinggang berulang kali Saya merayu pada dia langsung dia tak hiraukan dan Saya melarikan diri ketika itu kerana saya sangat takut.
Kerana insiden itu saya kuatkan semangat pergi ke balai polis. Namun polis memberitahu akan menangkap beliau. Kerana fikirkan kasih padanya.. saya membuat report tidak membenarkan beliau di tangkap. Kecuali beliau pukul saya lagi. Polis ikut apa dalam report saya. Namun polis minta saya pergi hospital buat medikal kerana terdapat kesan pada setiap tumbukan dia. Saya kuatkan hati pergi hospital. Doktor mahu menahan saya di ward kerana bimbang keselamatan saya. Kerana memikirkan kerja – kerja saya di ofis saya mohon agar saya tidak di tahan di ward atas pemantauan kebajikan.
Setelah doktor check terdpt lebam di sekitar badan saya. Telinga turut mempunyai pendarahan. Manakala di punggung saya ada kesan tali pinggang yang panjang. Syukur saya pakai jeans. Kalau tak mesti lebih teruk kesannya. Untuk pengetahuan semua. Ini bukan 1st time. Sebelum ni pon saya dah di pukul namun untuk kali ni saya tak boleh terima kerana dia meludah muka saya. Saya cukup terhina. Setiap kali saya terigat saya jadi fobia. Saya rasa pelakon dalam drama pon tak nak lakon watak meludah dan kene ludahkan Tapi itu hakikatnya Dalam tempoh pergaduhan tu.. saya memberi dia tempoh utk meminta maaf sebelum saya proceed ke pejabat agama. Dia tetap dgn egonya.
Berlagak seperti saya yang salah. Sampai berjumpa kaunselor (saya pergi sorangUstazah menasihatkan saya supaya pergi mahkamah. Supaya suami saya belajar menghargai seseorang tu. Ini kerana sblm ini saya sudah pernah pergi jumpa ustazah 5 tahun yang lepas. Dlm tempoh itu beliau ada memukul saya namun saya tidak ambil tindakan kerana sayangkannya. Saya mengambil masa utk ke mahkamah kerana banyak perkara saya fikirkan. Saya masih bg dia peluang untuk meminta maaf dgn saya sebelum kaki saya ke mahkamah. Namun hampa. Di ofis dia ttp dengan egonya. Memanggil saya dgn panggilan nama. Dan egonya semakin tinggi. Saya banyak diam sebab tak suka untuk bergaduh. Setelah saya buka fail. Saya dah tekad tiada lagi maaf untuknya. Saya dah beri dia masa. Namun kerana keegoaannya semuanya terlambat. Seminggu juga ambil masa tersebut. Lepas tu dia buat baik dengan saya. Saya memberitahu segala-galanya. Dia merayu-rayu tak mau kehilngan saya. Namun hati saya dah tawar. Namun saya tetap layan dia baik.
Saya tak pernah berdendam. Saya sudah memaafkan setiap perbuatannya. Saya menghormati beliau kerana dia ketua keluarga saya. Dalam tempoh siapkan dokumen saya masih cuba buka ruang terima dia. Saya seggaja melengahkan dokumen sebab nak tgk effort dia. Namun saya sering kecewa. Dia tetap dgn barannya. Ada salah sikit dia akan marah-marah. Pernah ugut nak sihir dan jatuhkan saya. Saya pasrah jer. Cuma kali ni dia takut utk memukul saya. Mungkin kerana dia takut kene tangkap polis. Bila beliau marah mula keluar macam2 dari mulutnya. Nanti selang 15 minit dia jadi baik. Dia merayu tak bermaksud dgn kata-kata beliau. Saya jadi keliru dengan sikap dia. Masa ke mahkamah sampai dan dia dengan egonya memberitahu mahmakah yg dia nak pembelaan.
Yang buat saya kecewa dia tidak mengaku kesalahannya malah ckp pada saya yang dia akan cerita semua aib saya. Saya rasa frust sangat sebb dia bukan nak fikir kesalahan dia malah ingin mencari salah orang lain. Dia nak buka aib saya, saya tak kisah kerana setiap insan di dunia ini melakukan kesalahan. Kita tak sempurna. Tp sikap dia mencari salah orang buat sekali lagi saya kecewa.Saya hendak bertanyakan pendapat warga krt. Adakah tindakan saya ni betul atau salah. Saya tak minta untuk di hormati sebagai isteri namun hormati saya sebagai seorang manusia




