Pada tahun 2016 aku berkahwin dengan seorang lelaki ni di seberang.. Dengan alasan keluarga belum merestui so kami buat keputusan untuk berkahwin.. Perancangan selepas kahwin nak bagitahu keluarga masing masing tapi entah la.. Macam berat sangat..
Perawalan perkahwinan kami sangat bahagia min. Tapi itulah.. mungkin balasan tidak mendahului orang tua rumah tangga aku hancur.. Mase aku mula2 bercinta dengan die.. Die dah bercinta lama dah dengan orang ketiga ni.. Aku pun tak tahu kenapa dia dajjal sangat sampai ajak aku kahwin..
Ohh lupa nak bagitahu.. aku kahwin dengan die bulan 1.. So dalam bulan 2 die kantoi dengan aku.. Die kerja customer service.. So banyak la nombor2 customer yang contact die.. Tapi sampai bila die nak tipu aku kan.. Lambat laung tahu jugak.. Mase die balik kerja, die terus pergi mandi.. So aku dengar bunyi getaran dalam poket seluar.. Aku just tengok je sebab panggilan tu die save ‘ keling’ so aku fikir customer la.. aku buat tahu je.. Dalam beberapa minit tu tiba2 ada bunyi mesej.. Daripada keling.. Die panggil laki aku BIEY.. tengok je mesej tu memang korang faham2 la kan sebagai isteri ni.. Aku buat senyap je..
Lama kelamaan aku dah tak tahan so aku tanya dia hati ke hati.. Dia dah syak so die mengaku.. Dia cakap dia kenal betina tu dah bertahun tahun.. Dan tak lama lagi die akan kahwin.. Aku tak tahu la min.. mase tu aku rasa apa.. sebab ak tak menangis pun.. Nak suka happy memang taklah kan.. Cuma apa yang bermain dalam benak fikiran aku ni.. Aku dicop perampas.. Aku mampu mendiamkan diri je min.. Benda ni berlarutan sampai la bulan 4..Sejak dari kantoi tu die sembunyi kan surat perkahwinan kita orang.. dan die privatekan no family die.. benda ni berlarutan sampai la bulan 4. die cakap bulan 5 nanti die nak kahwin.. So die cakap kat aku.. Dia tak boleh nak halang.. sebab ni dah perancangan keluarga die.. Aku hanya mampu redha..
Kami belum lagi daftar perkahwinan kami.. Die cakap kalau tak boleh nak go. Hujung bulan 4 ni kita berpisah.. Aku rasa kerdilnya diri bila die buat aku macam sampah..so masuk bulan 5 .. die meniti hari kebahagiaan die.. aku pulak menghitung hari menunggu mat!.. Aku bukan nabi nak sabar.. Aku tak mampu nak jadi isteri solehah terhadap laki macam tu.. Sampai la satu tahap aku dah hilang tahap kewarasan aku.. Aku lari rumah.. Aku sedih min.. Die cari.. die merayu.. sehingga kawan die merayu suruh aku balik sebab die dah hilang akal..
Sebagai isteri yang bodh ni.. masih lagi tak sanggup nak tengok laki dajjal kesayangan die tu.. So aku balik.. Die peluk aku.. die minta ampun.. aku ajak die keluar ambil angin malam. Aku ajak die pergi makan sebab kata kawannya die dah tak makan dua hari.. Mase pergi tasik, terserempak dengan adik perempuan tu.. die terus lepaskn tangan aku.. terus panggil budak tu.. Die cakap dekat budak tu ” sepupu abang ni.. baru putus cinta” Allahu kejamnya wahai suami.. aku terus berlari balik ke rumah.. Malam tu jugak hati aku hancur pedih luka semuanya.. Aku dah tak boleh nak tahan..
Aku rasa cukup la aku jadi baik untuk die..Mase die balik die pujuk aku.. ok aku diamkan diri.. aku ambil handfone die.. aku cuba cari dan cari no perempuan tu.. tapi tak jumpa.. bila buka ws ade chat dengan budak tadi.. aku just ambil nombor tp mesej aku tak baca pun..So bermulalah kejahatan aku.. aku chat budak tu dan cerita perkara sebenar.. Tapi budak tu bukan mudah nak percaya.. Aku suruh die cal aku ketika laki aku balik kerja. aku nak suruh die sendiri dengar suara bakal abang ipar die tu.. Bila dah jelas budak tu bagitahu perkara ni dekat mak dan kakaknya.. Habis kecoh..
Sampai la maknya perempuan cal laki aku.. dan family die sendiri habis jadi huru hara.. yer la sebab majlis pun dah tak lama. Bila semua orang attack die, die balik rumah. terus tengking2 aku.. Dan takde keprimanusiaan nya dia.. Die suruh aku cal budak tu bagitahu aku sengaja reka cerita.. Dan mase tu juga die bakar surat kahwin aku..Kesabaran aku dah sampai ke puncak.. mase tu jugak lah aku suruh die pilih aku atau betina tu.. Dia cakap die takkan lepaskan aku.. Aku terduduk dan menyesal berkahwin dengan syaitn bertopengkan manusia.. Aku merayu terus merayu suruh die lepaskan aku.. Die cakap tolong terima perempuan tu jadi yang kedua..Aku kemas2 semua pakaian aku.. die cakap kalau awak keluar dari rumah ni maka jatuh talak pada awak.. Aku terus je keluar tanpa langsung memandang muka dia.. Die kejar aku tapi aku bertindak pantas masuk ke dalam kereta member.. Aku terus balik kampung.. Sempena birthday aku.. die sah menjadi seorang suami kepada perempuan tu..
Dalam beberapa bulan kemudian die cari aku balik die meroyan suruh aku balik kat die Dan sampai sekarang aku dah kahwin lain.. die tetap ganggu aku.. cal aku setiap malam.. So itu la kisah hidup aku dulu2.. Alhamdulillah apa yang terjadi ada hikmahnya.. Allah dah hantarkan aku seorang lelaki yang betul betul menyayangi aku dan betul2 menerima kekurangan aku..




