Assalamualaikum warga KRT.
Saya dalam dilemma dan memerlukan nasihat dan pandangan orang luar selain keluarga terdekat. Saya dan suami telah berkahwin selama 6 tahun dan ada 2 orang anak. Suami saya seorang yang baik, tak pernah tinggal solat, sentiasa senyum, pemaaf, lembut dan penuh dengan kasih sayang kepada mak, saya dan anak2. Suami jugak seorang yang sangat2 handsome dan ramai cakap saya beruntung dapat suami handsome dan sayangkan saya. Saya suruh buat apa sahaja dia akan buat KECUALI bekerja.
Suami ada buat freelance business dan bila dia rajin dia boleh dapat 3k minimum atau lebih Masalahnya dia tidak selalu rajin. Bila datang malas dia hanya duduk dirumah dan x buat apa2. Dulu dia ada buat grab tapi saya marah sebab service kereta saya bayar, montly kereta saya bayar, rumah saya bayar, bill api dan air saya bayar. Dia hanya bayar makan dan minum di luar.
Saya seorg business woman yang ada pasang surutnya. Bila saya senang saya tak fikir sangat tentang keadaan suami tapi sejak saya mempunyai kedai sendiri cost overhead tinggi dan kadang2 saya sesak sampai kereta (suami punya) saya tak bayar 3 bulan, credit card 3 bulan, segala installment saya missed bayar. Gaji pekerja, sewa kedai, bill api dan air, modal harian semua atas tanggungan saya.
Suami tolong saya setiap pagi sambil jaga anak 2 org. Saya marah sangat2 bila dia ckp “You cakap I tolong you I tak payah risau pasal kereta semua sebab you ckp you bayar. Ni 3 bulan dah tak bayar” Ya Allah! Menyirap nye saya. Yang bertahun2 saya bayar waktu dia kerja tu ape? Saya cakap tolong saya so tak ada saye sakit hati nak bayarkan commitment dia. Suami cakap macam tu buat saya rasa dipergunakan sangat2.
Rumah sewa dulu elok2 kiteorg duduk dia boleh tak bayar dan kiteorg kena halau. Anak kedua saya baru 2 bulan waktu tu. Saya baru habis pantang. Bila saya tak tolong support financial dia tengok apa jadi? Sampai kena halau. Jadi saya kembali ke rumah mak dengan 2 anak dan suami. Mana tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa kepada 2 anak? Saya malas dan tak boleh gaduh panjang2 sebab duduk dgn family dan mama saya pun ok menerima menantu dia sebab suami saya bab menolong dia rajin.
Rumah mak saya bill api semua tak kan lah biarkan je mak saya bayar? Saya bayar mak saya sehari RM… sebab tolong saya banyak. Suami buat diam je. Hospital anak2 saya bayar. Dia kalau ada duit baru bayar. Tapi jarang sangat2 sebab malas nak kejar duit tu. Saya tak faham kenapa sanggup bangun pagi tolong business saya tapi business sendiri malas nak buat.
Saya tak boleh partner dengan suami saya sebab saya dah ada business partner. Saya skrg stress business satu. Kecewa dengan suami sebab tak dapat support saya langsung dari segi kewangan. Business dia saya jugak yang tolong sebenarnya. Saya tolong dia waktu pregnant sampai tak tido buat benda yang sebenarnya kerja berat untuk dia bayar commitment. 1 upah pun saya tak mintak. Tapi suami kerja dengan saya, saya bagi upah.
Saya rasa macam dah tak boleh terima dia dan dah hilang perasaan sayang. Saya rasa saya dah tak perlukan suami yang hanya suka menemankan saya, 24jam ada dengan saya tapi tanggungjawab tak ada. Saya bukan budak2 lepas SPM nak kena ada Pakwe teman all the time. Rasa macam tak ade laki pun tak ape. Rasa macam nak mintak fasakh. Saya dah amik borang cerai dan memang rasa nak proceed.
Jadinya saya nak mintak pendapat semua sebenarnya suami saya ni ok ke tak? Bukan kaki pukul, baik, dengar cakap, tak melawan TAPI MALAS BEKERJA. Saya malu nak luahkan dengan orang yang mengenali saya sebab saya tak nak bukak aib suami. Terima kasih dan harap pendapat warga KRT boleh buat saya nampak situasi saya dengan jelas.




