Assalamualaikum krt, ingat lagi tak kisah saya jadi isteri kedua sebab bercinta dan isteri pertama dijodohkan kerana yatim piatu. Malam ini suami saya menceraikan isteri pertama kerana madu saya terus menuntut cerai. Dia tidak mahu pandang muka suami dan betul2 bencikan suami. Dia pun benci saya. Ibu mertua membuat keputusan, kalau suami tidak mahu dengan madu lagi ceraikan sahaja. Suami selama ini menolak permintaan madu untuk cerai kerana fikir anak dan madu yatim piatu. Tapi mertua pun sudah cakap macam itu suami ikut sahaja. Dan memang suami jenis dengar cakap mak. Keputusan ini diorang bincang jumpa depan2.
Saya tidak tahu, dan saya tidak ikut campur apa2 pasal madu. Saya ambil berat dari lubuk hati sahaja. Jujur sis,semasa saya sholat sujud terakhir saya terbayang suami memohon maaf dengan madu. Tetapi malam ini saya dengar berita yang buat hati saya macam tersentak. Suami call dan cakap dia dah buat keputusan. Allahuakbar …Saya sudah cakap tidak payah cerai, dulu nikahkan dia sebab kasihan yatim piatu, sekarang ceraikan dia fikir yatim piatu kah? Then suami cakap tidak payah ikut campur.
Saya sampai sekarang tidak boleh ambil hati madu. Dia betul2 bencikan saya. Kalau lah dia tahu saya ini tulus hati ..entahlah.Sekarang sis, hati ini rasa sakit. Kenapakah?Saya rasa kasihan.. saya rasa apa semua ini. Saya tidak dapat jawapan dari sakit nya hati saya ini.Bantu saya sis untuk tenangkan hati ini. Post yang pertama saya ada kena maki kena marah dan semua mempersalahkan saya.
Tahukah apa yang suami saya buat ini sudah fikir panjang.
Saya tidak sejahat itu untuk suka2 nikah dengan suami org.Sebab suami menikah lagi dia tak cinta dengan madu, anak suami yang pertama dengan ex dia madu selalu marah dan tidak jaga baik2 sampai ada kecederaan dan buat suami marah dan bersumpah akan menikah lagi. Baju dan makan suami kurang jaga. Dan madu setiap kali di ajak pergi rumah mertua dia selalu menolak.
Suami balik kerja dia buat tidak tahu tidak mahu senyum dan selalu ajak gaduh dan Rumah bersepah kerana asyik sangat melayan mobile lagend, dan selebihnya lagi selalu melawan, bukti video semua keluarga suami tengok. Suami kenal saya firts time pun bukan untuk bercinta, kita ada buat perniagaan dan entah macamana pula dia boleh cerita pasal dia dan saya ini pula sudah lah single 26 bulan, tiba2 rasa hiba dan tersayangkan dia sebab kasihan.
Dihati teringin jaga makan minum pakaian dia mcm apa yang dia perlukan dan inginkan dari madu yg dia tidak dapat. Saya tidak melarang sis semua hendak memaki saya, silakan. Saya beritahu semua ini bukan niat hendak memburukkan madu, tetapi ini jawapan dari apa yang sis komen2 dan mengata saya. Saya hendak buka kan hati2 sis atau biasa disebut makcik bawang yang rasa hidup dia dah sempurna sangat .Syukurlah sis tidak rasa hidup macam suami dan saya, syukurlah kalau hidup sis sempurna.
Dan untuk komen2 positif terima kasih banyak untuk sis semua. Saya dah ikut semua apa yang sis semua beritahu saya. Sampai sekarang sedikit pun saya tidak ikut campur sis, nasihat sis semua membantu saya. Mohon bagi saya pencerahan lagi sis, hati saya tidak tenang.Ini adalah keputusan suami, madu, dan mertua.Saya tidak dibenarkan ikut campur dan saya disuruh jadi pendengar sahaja.Dan untuk sesiapa pun. Apa yang sis fikirkan saya terima.
Baik sis fikir saya, maka baiklah saya.Buruk sis fikir saya, maka begitulah saya.Sejujurnya saya tidak sejahat apa yang ada difikiran orang2 yang menilai saya.Undang2 tidak melarang.Agama tidak melarang.Kedua belah orang tua merestui.Ini sudah cukup. Kalau dengar komen buruk org hidup tidak akan lebih baik, tapi kalau dengar nasihat orang kehidupan akan lebih semangat lagi untuk dijalankan.
Saya ceritakan di KRT bukan hendak dengar komen buruk orang, saya hendak dengar nasihat orang baik2 untuk saya.Dari segelintir umat yang membenci saya, pasti ada umat yang menyayangi saya.Dan saya pun tidak cerita pasal hidup saya dengan orang lain, adik beradik, apatah lagi orang tua saya.Ini pilihan saya, jadi saya kena hadapi sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Selain dari pada bercerita dengan Allah di doa.
Alhamdulillah ada KRT dan teman2 yang baik boleh bagi kekuatan untuk saya.Yg tidak boleh terima kisah hidup saya ini itu urusan hati sendiri.Kerana manusia yang busuk hati nya susah untuk menerima takdir dari-NYA.Semoga admin dan teman2 positif di KRT sihat wal afiat dan mendapat kehidupan yang lebih baik lagi.Dan dari cerita ini semoga semua isteri lebih pandai lagi buat kenyamanan untuk suami.Wasalam