Memang suami saya tak pernah mengasari saya secara fizikal tetapi dia sebenarnya mendera saya secara emosi dan batin. Perit dan sakitnya hati ini cukuplah Allah sebagai saksi utk setiap air mata yang tumpah. Di depan semua orang, kami berlagak seperti pasangan normal kerana ingin menjaga hati keluarga.