Assalam.Mohon admin hidekan profile saya.. saya adalah seorang lelaki dan dikurniakan 2 org anak.. kisah bermula apabila sy mula bekerja diluar negara (bekerja dalam bidang o&g).
Untuk tahun pertama bekerja.sy tidak membawa isteri dan anak2 kesana.
Untuk pengetahuan semua, ex gf sy juga bekerja di negara yg sama dan dia juga sudah berkahwin.Memandangkan kami masih berkawan di fb. Sy sering menghubungi dan meminta khidmat nasihat berkenaan negara baru yang sy bekerja.lama kelamaan hubungan kami semakin rapat. Saya memberanikan diri mengajak ex gf sy kluar beberapa kali dan sejak itu cinta berputik kembali.
Ex gf sy juga sering berkongsi msalah rumahtangganya yg bermasalah. Keakraban kami telah menyebabkan kami terlanjur beberapa kali, betul kata org..sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga.kecurangan sy telah dihidu isteri..isteri telah menghubungi ex gf memaki memarahi dan melepaskan segala sumpah seranah.. sejak itu, Sy sedar yg saya tidak mempunyai rasa cinta kepada isteri sy. Apekah yang perlu saya lakukan.perlukah sy ceraikan isteri dan berkahwin dgn ex gf sy? Sejujurnya sy tiada perasaan lagi dgn wife sy. Sekarang ex gf sy bukan lagi isteri org. Dia telah diceraikan..mohon pendapat semua..