Jodoh antara aku dengan isteri hanya bertahan 5 tahun sahaja dan kami tiada zuriat.. aku kehilangan seorang bidadari yang sangat aku cintai. Lepas kehilangan baru aku sedar yang dia sangat sempurna di mata aku. Bidadari ku bekerja di syarikat penerbangan terkemuka Malaysia dan aku akui dia sangat cantik dan seorang yang lemah lembut. Cuma kekangan waktu untuk bersama yang membuatkan aku cuba ‘makan luar’. Tak ada yang kurang pada diri dia dari segi layanan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Sebelum ni aku pernah kantoi whatsapp dengan seorang perempuan muda dan sudah beberapa kali terlanjur. Setelah didesak aku mengaku pada isteri yang aku sudah beberapa kali terlanjur dan isteriku senyap je sepatah pun tak bercakap dengan aku, tapi aku tahu dia menangis sebab jelas di mata isteriku bengkak dan sembap. Aku menyesal dan mohon ampun atas kesilapan yg pernah aku lakukan pada dia. Alhamdulillah aku diberi peluang kali kedua. Tapi peluang tu aku sia-siakan lagi dan aku tetap berhubung dgn perempuan tersebut sampai lah isteri aku dapat menghidu kecurangan ku..
aku betul2 menyesal setelah aku kehilangan isteri tercinta. Tiada lagi peluang untukku dan dia pernah cakap pada aku bahawa pintu hati nya sudah tertutup buatku. Sekarang dah hampir 2 tahun dia tinggalkan aku dan hingga ke saat ini aku masih mencintai bekas isteri ku dan berharap agar aku dapat bersama dengan bidadariku semula. Selama tempoh itu juga aku hanya mampu melihat bidadari ku dari jauh dan alhamdulillah dalam duka ada terpalit suka yang membuatkan aku bangga dengan bekas isteriku dimana dulu dia ada menyatakan hasratnya untuk berbisnes dan sekarang dia dah berjaya buka perniagaan sendiri..
Dan yang paling aku bangga bila melihat dia bertudung, sejuk sangat hati aku setiap kali aku melihat wajah ayu bekas isteri ku.. aku tak boleh bayang macam mana nanti andainya ada seseorang yang berjaya memperisterikan bidadari ku, mesti hancur hati aku..masihkah ada harapan untuk aku bersama dengan bekas isteri ku semula min?




