Assalam.Mohon admin hidekan profile saya.. saya adalah seorang lelaki dan dikurniakan 2 orang anak.. kisah bermula apabila saya mula bekerja diluar negara (bekerja dalam bidang o&g). Untuk tahun pertama bekerja. saya tidak membawa isteri dan anak2 kesana. Untuk pengetahuan semua, bekas kekasih saya juga bekerja di negara yang sama dan dia juga sudah berkahwin. Memandangkan kami masih berkawan di fb. Saya sering menghubungi dan meminta khidmat nasihat berkenaan negara baru yang saya bekerja. lama kelamaan hubungan kami semakin rapat. Saya memberanikan diri mengajak bekas kekasih saya kluar beberapa kali dan sejak itu cinta berputik kembali.
Bekas kekasih saya juga sering berkongsi msalah rumahtangganya yang bermasalah. Keakraban kami telah menyebabkan kami terlanjur beberapa kali dan betul kata orang sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. kecurangan saya telah dihidu isteri.. isteri telah menghubungi bekas kekasih memaki memarahi dan melepaskan segala sumpah seranah.. sejak itu, Saya sedar yang saya tidak mempunyai rasa cinta kepada isteri saya. Apekah yang perlu saya lakukan. perlukah saya ceraikan isteri dan berkahwin dgn bekas kekasih saya? Sejujurnya saya tiada perasaan lagi dgn wife saya. Sekarang bekas kekasih saya bukan lagi isteri orang. Dia telah diceraikan..mohon pendapat semua..