Asalamualaikum kisah ini berdasarkan kisah saya sndiri. Saya tak tahu macam mana nak mula tapi ini sebagai pengajaran pada semua isteri2 yang teraniaya. Supaya bangun dan jgn biarkan para suami menindas mental dan fizikal kita. Saya berkahwin dengan bekas suami ketika usia saya 20 tahun. Dia kawan sepupu saya. Keluarga saya sangat menyenangi dia kerana budi bahasa, kerjaya nya dan rupa parasnya. Pada peringkat awal prkenalan memang dia layan saya dengan sangat baik. Lama2 dia mula tunjukkan sikap panas baran dia.
2 tahun kenal saya terus nikah dengan dia. Disinilah bermula kisah pahit derita saya makan hati. Dia abaikan perasaan saya. Dia hanya pentingkan perasaan keluarga nya sahaja. Dia ajak kawan dan adik tinggal di rumah sekali dengan saya. Masuk sebulan usia perkahwinan kami. Saya mengandungkan anak sulung kami. Bermula la episod yang pada saya sangat hitam untuk saya kenang. Dia paksa saya bekerja kerana wang perbelanjaan untuk kami tak cukup Saya yang pada awal kehamilan memang agak tak sihat dipaksa bkerja di kedai kuku Basuh kuku dan kaki orang Sampai la saya jatuh sebab lari kejar teksi. Dia buat saya macam tak wujud.
Kantoi pulak dia ber whatsapp dengan bekas teman wanita yang mngatakan dia menyesal kahwin dengan saya. Hancur hati saya. Saya keluar rumah pukul 11 malam. Ada 2 orang adik lelaki dia dan sorang kawan dia. Saya keluar dari berek berjalan dalam keadaan lemah sebab tak makan. Tapi sorang pon tak risaukan saya. Lebih menyedihkan masa saya balik jam 1 pagi dia boleh lagi main game tanpa menunjukkan reaksi risaukan saya pada masa itu. Allah sedihnya allah yang tahu.
Masuk usia kandungan 5 bulan. Saya dah tak bekerja. Dia buat hal lagi dengan buat hubungan sulit dengan angota wanita. Saya kecewa sangat. Saya tanya dan dia kata saya fitnah dia sedangkan saya baca dan tengok sendiri gambar dia berpelukan di depan ict. Sedangkan saya sarat dipaksa buat keja rumah. Duduk 24 jam di rumah. Tanpa makanan. Saya sampai pernah korek ikan lama dalam peti ais hanya untuk melegakan perut saya yang lapar. Allah boleh jadi saksi betapa hancurnya hati bila saya hidup dalam keadaan macam tu tapi dia berseronok di belakang saya.
Saya gadaikan emas saya supaya dia boleh bayar hutang tapi rupanya dia buat pergi joli. Lepas saya tanya dia pasal gambar tu dia terus maki hamun saya. Saya tak tahan saya turun dr kereta. Bayangkan dekat setengah jam saya jalan tanpa hala tuju. Dia jumpa saya dengan bawak beg saya. Dia hantar saya ke ktm seremban. Campak beg saya dengan campak duit yang dia koyakkan. Bayangkan apa yang saya boleh buat. Duit takde sebab koyak dan henfon kebetulan tinggal dalam kereta dia sebab habis bateri.
Saya duduk termenung di ktm dekat satu jam berharap dia akan patah balik. Tapi tak. Akhirnya saya jalan kaki dari ktm seremban sampai rumah. Dekat 15 km jugak la dengan sarat mengandung 6 bulan. Sampai kat rumah dia maki hamun lagi. Tapi saya dah nak pitam dah time tu. Last2 admit ward sebab baby tak bergerak. Tapi saya tipu nurse cakap baby tak gerak sebab saya minum coke. Tak nak dia kantoi. Saya tak ngadu dengan family sebab saya tak nak dia nampak buruk kat mata family saya.
Saya sayang sangat kat dia. Pastu dia hantar saya tiggal dengan family saya sampai saya beranak. Tu pon spanjang saya duduk dengan family saya selama sebulan lebih. Dia tak penah wasap sepatah pon tanya keadaan saya dan baby. Saya pegi checkup scan semua dari awal pregnant sampai la lahir saya pergi sendiri. sampai anak saya lahir. Makin susa sebab ekonomi makin teruk. Dia dah mula stress dengan duit yang tak cukup. Kami decide untuk berniaga tepi jalan. Kami niaga sama2. Masa tu saya rasa bahagia sangat dengan kasih sayang dia pada saya dan anak.
Walaupun ribut badai pun saya pergi niaga demi nak tolong dia. Tapi tu semua sekejap. Biasala niaga ni ada turun naik. Makin lama makin teruk. Saya pon decide berhenti dan dia suruh saya keje kat kilang under suggestion kawan dia. Saya ikutukan sebab ksian dia tanggung semua sorang. Keje saya gaji tak banyak jadi semua habiskan bantu dia. Keadaan saya masa tu tak payah cakap la. Usia muda tapi badan dan rupa dah macam usia 50 tahun sebab faktor letih dan tak ade duit nak beli barang kecantikam ni. Jadi lagi teruk la layanan dia pada saya. Macam sampah saya dibuatnya. Dia dah mula mabuk dan pergi kelab malam. Bila bergaduh dia akan pukul sepak terajang saya.
Sebenarnya dia pukul dari saya mengandung lagi tapi masa tu dia minta maaf. Tapi bila dia dah kerap pukul. Saya pon bodh tak buat report dia jadi dah tak rasa bersalah pukul saya. Dia siap cakap pada mak dia. Dia cuma lempang saya. Sedangkan dia sendiri tahu apa yang dia buat pada saya. Kadang2 depan anak pon dia maki hamun saya. Dia buat saya mcm tak wujud. Kali pertama dia ceraikan saya sebab dia dalam keadaan mabuk. Saya sedih sangat. Saya menumpang rumah saudara tanpa pengetahuan family saya. Anak saya tak terurus dengan situasi saya. Tapi dalam situasi itu dia masih anggap saya punca kegagalan rumah tangga kami.
Saya masih merayu demi anak dan kami rujuk. Tapi tak ada perubahan. Dia masih kaki mabuk pijak kelab malam. Main perempuan. Dan kaki lepak. Kadang2 tak balik rumah. Kecewa dengan itu saya tanya dia dan macam biasa kami memang akan bergaduh smpai la dia ceraikan saya untuk kli kedua. Dia halau saya balik kerumah keluarga saya dengan cara paling hina saya rasa.
Lepas pengorbanan yang saya lakukan. Dia buang saya dan anak macam ni je. Siap kata2 hina dari mak dia dan dia. Dulu saya masih merayu kerana merasakan tanpa dia saya tak kan kuat. Rupanya saya silap. Untuk apa saya makan hati bertahun2 hanya untuk mnyakitkan hati dan mental sendiri. Sekarang saya teruskan hidup dgn anak saya. Saya bersyukur walaupon saya tak belajar tinggi tapi rezeki allah untuk anak saya tak pernah putus.
Mungkin allah nak bagi ingatan pada hamba Nya. Bekas suami pula ada yang bagitau jumpa dia berpegangan tangan dengan perempuan. Tak ape la saya doakan yang baik2 untuk dia. Walaupon dia tak sayangkan saya tapi dia sayang sangat pada anak dia. Nafkah tak pernah putus. Walaupon nafkah untuk saya dulu tak pernah ada dari segi zahir dan batin. Doakan saya kuat. Dan tolong pada isteri2 yang teraniaya jangan la bodhkan diri sebab sayag. Kita berharga. Jangan rendahkan harga diri kita untuk orang yang tak layak.




