Assalamualaikum. Kpda admin mohon hide profil saya, Mohon maaf jika soalan saya ini lari dari tajuk. Saya telah berkahwin selama 2 tqhun, alhamdulillah Allah bqgi rezeki sorang cahaya mata., saya mengaku saya memang bersalah, saya memang berdosa. Sblm berkahwin, saya dah berbuat zina dengan kawan lelaki.
Tapi saya tipu dengan suami yang saya cakap bukan perawan sebab kena rogl dengan bf. Dan sekarang, mungkin ini adalah karma untuk saya, disebabkan saya berbohong dengan suami. Suami saya tak setia, time saya tengah sarat mengandung dia scandal dengan pmpuan lain. Dia berubah dengan saya, dia menjadi panas baran, kasar, dan sikit2 main tangan, hingga punca nya (sebulan yang lalu) kami bergaduh.
Suami tampar dan tendang kepala saya dan puncaknya dia usir saya Tapi dia kembali meghubungi saya walaupun hanya sekadar mesej. Dan saya harap dapat perbaiki hubungan kami Soalan saya. Apakah Allah akan terima taubat saya, hambanya yang hina ini, Apakah Allah akan terima taubat saya wlaupun saya belum mampu cakap yang sejujurnya dengan suami saya,
Hati ini selalu dihantui dengan rasa penyesalan kerana berbohong. Saya sadar, rumah tangga saya macam ni mungkin karma kerana kesalahan saya.
Saya harap, ada hamba Allah yang sudi jawab dan bagi saya pencerahan. Silahkan bila ingin kecam saya, saya trima dengan ikhlas.. Sebab saya mengaku memang salah.





August 8, 2018
X perlu adik berterus terang dgn suami, cukup sekadar bertaubat kepada Allah swt. Mohon kpd Allah agar tunjukkan jalan yg betul. InsyaAllah Allah akan bagi jln keluar dari masalah tersebut.