salam admin tolong hide profile saya
saya hanya nak kongsi cerita
saya dan suami dah berkahwin selama 6 tahun dan kami tinggal bersama mertua dan beberapa ipar yang belum berkahwin
saya korbankan segalanya demi bahagiakan suami sebab suami seorang yang jenis pentingkan keluarga segala kerja rumah saya lakukan tanpa keluhan walaupun penat yang teramat kerana dalam keadaan yang ramai bila ada jamuan saya berbesar hati siapkan juadah sebab nak tawan hati ipar ipar yang tidak menyukai saya..
awal perkahwinan lagi mereka hanya melayan saya baik bila di depan suami sahaja tapi saya bertahan juga sebab saya tahu hati manusia lama lama akan lemah bila kita buat baik masa tu kami belum dikurniakan zuriat lagi dan suami tiada masalah isu ini walaupun ada mulut mulut yang tak disenangi dan akhirnya saya disahkan hamil hanya tuhan yang tahu perasaan itu tapi sayangnya suami terpaksa ceraikan saya disebabkan desakan keluarga dia dan akhirnya saya diceraikan semasa hamil kan anak dia..
Apa yang buat saya terkilan segala pengorbanan saya selama ni hanya sia sia akhirnya saya dicampak
buat pasangan yang akan berkahwin jangan sesekali tinggal bersama orang tua tinggallah asing sebab bila kita mesra dengan suami pun orang tak kan dengki macam saya suami amat amat mesra sampai ada yang dengki kami sering digelar pasangan romantik tapi sayang demi keluarga dia campak saya
betul kata orang tua jauh rindu dekat busuk
tapi tak pe saya percaya doa orang teraniaya allah swt tak kan sia sia kan
kepada bekas suami terima kasih sebab selalu lukakan hati saya walaupun saya menangis dalam diam dan terima kasih mencampak saya bersama zuriat kita saya akur