admin tolong hide profile saya ye.. saya dah lebih 10 tahun kahwin..ada 2 anak Alhamdulillah sihat dan cerdik. Saya ada suami yang kiranya baik. Dia rajin masak dan caring pada anak2 serta ada kerjaya. tapi saya sebenarnya makan hati, setiap bulan saya dikehendaki membayar yuran taska anak dan bas sekolah anak dan duit belanja anak saya. gaji saya kecik je..bila saya bayar semua tu..balance cukup2 untuk minyak dan tol ke ofc je. hubby saya keje bagus. saya rasa gaji dia 5 angka la kot. dia tak pernah bagi tau apa2 pasal gaji dia atau berkongsi apa2 cerita atau hidup dengan saya. bila saya bagi tau dia saya tak cukup dia cakap dia lagi banyak menanggung rumah, kereta, bil, makan, jadi saya kena la amik juga tanggung jawab. saya sedihla sebwb saya bukan berduit. lagipun kereta dan rumah semua nama dia. dia tak pernah memberi saya duit nafkah.
bila saya cakap dia cakap dia dah banyak bayar.. tak perlu dah bagi cash kat saya.. even kalau saya tak cukup duit pun saya pinjam dia pun dia kira saya berhutang dengan dia. dia lak jenis anak mak.. setiap hari dia akan curi masa untuk call mak dia.. apa mak dia nak InsayaAllah dia akan tunaikan. saya tak kisahla.. itu wajib dia kepada mak dia. cuma rasa rasa terkilan bila suami macam tak kisah pasal saya. dia belikan saya kereta.. pastu dok cakap pasal maintainance saya kena bayar la sebab kete saya. mana saya nak kumpul duit bayar semua tu kalau tiap2 bulan saya kena bayar apa yang dia arahkan tu.
so saya buat la bisness kecik2 untuk tambah pendapatan, pun saya diarahkan tidak bersungut kalau letih dan pastikan semua kerja rumah saya tidak terabai. kalau saya mintak tolong dia uruskan bisness saya.. saya kena bayar dia upah.. separuh dari pendapatan saya. saya sedihla. dulu, saya pernah kiranya ada bf gelap.dia tempat saya luahkan rasa dqn dia la yang banyak bagi modal untuk bisnes saya. tapi saya putuskan sebab saya tau itu berdosa lagi2 saya isteri org. saya cuba berubah untuk kebaikan. fikir positif.. susah pun telan je semua. tapi makin hari makin saya rasa makan hati la dengan suami. bila saya tanya nape buat saya macamtu dan ego sangat.. dia cakap mak dia dan dia takkan putus.. tapi isteri leh cari ganti. sedih sangat. saya ambil keputusan untuk ke sesi kaunseling keluarga. korang rasa apa patut saya lakukan.




