Salam admin saya. Saya nak minta pendapat atau nasihat tolong jangan membawang ya. Saya 2 bulan kahwin min, tapi dalam masa 2 bulan ni saya langsung tak dapat nak hadirkan rasa sayang kat suami Saya langsung tak ada hati, kadang2 nak bercakap pun rasa tak nak. Cerita sebelum kahwin macam nie saya dulu frust dengan bekas kekasih sebab lama2 bercinta dapat tahu dia tu laki orang. Saya ambik keputusan untuk move on dan tinggalkan dia. Dan dalam beberapa bulan saya tengah move on tu saya kenal dgan suami saya sekarang. Dan masa tu saya ibarat macam mempergunakan dia untuk saya lupakan bekas bf tu. Dan beberapa bulan saya kenal dengan suami terus saya dan dia rancang untuk ke arah pernikahan. Saya setuju masa tu tanpa fikir panjang yelah konon nak move on dan buka buku baru.
Hari2 saya cuba hadirkan perasaan sayang tu, hari2 layan wasap dia manis2 , kadang2 sebelum kahwin ada juga terfikir untuk batalkan je semua perancgan tapi mase tu saya abaikan je semua perasaan tu dan anggap tu sebagai dugaan. Sampailah ke hari nak nikah perasaan dekat dia masih sama dan tak ada langsung rase sayang. Sampai lah nak masuk usia 3 bulan perkahwinan kami. Saya ada mintak berpisah cara baik. Saya mintk berpisah bukan lah sebab saya ada lelaki lain. Tapi sebabnya saya tak nak terus menerus menipu perasaan sendiri dan jadi isteri derhaka tak taat dan tak jaga rumah tangga, dan tak jalankan tanggung jawap. Saya cuba sayangkan dia, minta dia masa untuk saya sayang dia. Tapi dia jenis tak sabar dan terlalu memaksa. Itu yang membuatkan makin hari makin rase tak boleh dah dengan dia. Saya tak nak dia tak bahagia, saya juga nak dia bahagia. Saya buntu saya. Pada mase yang sama saya juga tak nak buat dua dua family terasa hati dan marah sebab saya.




