Terimakasih bagi peluang aku nak mengadu yang lama aku pendam dari dulu. Aku tak ade niat pun nak burukkan sesiapa tapi terlampau lama sangat aku tahan aku pendam. Aku duduk sebumbung dengan ayah dan mak mertua aku dan dalam rumah tu ada akak sulung suami aku yang dah kahwin, adik lelaki 2 orang, adik perempuan sorang. Suami aku no 3. Anak no 2 lelaki kerja luar tak kahwin lagi. Macam ni cerita dia.
Aku dengan suami dah 5 tahun berkahwin anak nak masuk 2. Akak ipar aku baru je kahwin dan tengah pregnant. Aku okay je duduk situ walaupun semua kerja aku kena buat sedangkan dalam rumah tu ada seorang anak dara dan seorang lagi bini orang. Ya tak tipu dari basuh kain, sidai kain, lipat kain, sapu sampah, mop lantai , memasak, basuh pinggan, kutip pinggan cawan yang dibiarkan atas meja makan meja kat luar dekat tv semuanya kerja dalam rumah memang atas kepala aku.
Mak mertua ? Haha ofcourse la backup anak anak perempuan dia. Anak anak perempuan dengan Mak sama pandai berlakon bila depan sedara mara , depan jiran ataupun depan menantu lelaki dia. Biasalah depan orang buat-buat rajin punya tak nak nampak kemalasan anak beranak siap mengumpat pulak menantu orang depan rumah tu pemalas, anak orang tu pemalas , anak orang belakang rumah pemalas haihhh. Tak faham aku. Entah entah dengan orang dia cerita aku ni menantu dia pemalas kot ? Haha.
Okay sebelom ni suami aku keje gaji kecik memang cukup cukup makan. Tapi setiap kali gaji suami aku tak lupa beli sikit barang dapur dan lauk lauk mentah untuk makan. Sebelom ni okay je. Tapi selepas akak ipar aku tu duduk situ terus berubah. Berkira bab makan. Berkira kalau dia beli lauk mentah jangan ada yang sentuh/makan walaupun mende tu aku yang masakkan.
Setiap kali dia balik dari beli apa apa tak kira makanan ataupun sabun mesti akan kecoh “ni aku beli ye aku beli ni”. Sebelom ni okay je sebab dia tak duduk sini tapi lepas dari tu berubah semuanya. Aku dengan dia tak bertegur sapa. Sebab bila orang dekat rumah tiada, aku dengan anak aku je tinggal lepas tu dia ada mesti dia akan perli aku macam macam yang paling aku tak lupa dia panggil aku “orang luar”. Suami dah pesan buat bod0h je buat buat tak dengar. Yelah aku tengah pregnant kan. Sabar jelah.
Tiba suatu hari tu dia pregnant dan suami aku dapat kerja lagi bagus. Suami aku pun cari rumah sewa dekat luar supaya senang dia nak ulang alik kerja. Akak ipar aku mat!2 dia hasut mak mertua aku supaya tak bagi aku dengan suami aku ni keluar. Katanya tak ade orang nak masak buat kerja apa. Dia kata dia mual mual padahal dia tak mabuk langsung tengah pregnant tu. Mak mertua aku cakap dekat laki aku, dia suruh laki aku je duduk rumah sewa tu sesorang aku ni dengan anak tinggal sini. Eh eh banyak cantik memang tak aku nk tinggal situ.
Suami aku berkeras jugak nak bawak aku dengan anak aku. Yelah aku pun tengah pregnant mabuk jugak sampai nak muntah muntah tengok muka orang dalam tuu. Selepas suami aku kerja seksa jugak nak tunggu gaji dia sebulan yang pertama. Makan roti makan maggi makan lempeng. Asalkan perut kenyang.. Tapi akak ipar dia tetap cari salah kite orang. Cakap suami aku gaji tak hulur langsung duit ke Ayah dan Mak kat kampung.
Gaji pertama Suami aku RM1000 je tolak sewa rumah tolak pampers susu anak barang barang dapur tinggal RM250 je untuk sebulan lagi sementara tunggu gaji bulan depan pulak. Akak ipar aku siap tulis dekat status ws fb apa cakap jangan kedekut dengan mak ayah nanti hidup tak aman. Lepastu siap cakap pulak gaji semua habes ke bini. Pening kepala aku. Jujur aku cakap suami aku tak bagi satu sen pun duit belanja ke aku sebab memang gaji cukup cukup makan. Makan je apa yang ada dekat dapur.
Tapi pernah sekali tu aku teringin sangat nak makan pizza aku pun telefon family aku akak aku bagi RM200 duit belanja sebab kesian. Esok nya pergilah makan pizza. Kebetulan tengah makan mak mertua aku call. Tanya dekat mana apa. Suami aku pun cakap lah yang aku ngidam pizza family aku bagi duit. Mak mertua aku tak percaya dan pergi cerita dekat akak ipar aku. Akak ipar aku terus tulis dekat fb cakap duit ke mak tak nak hulur tapi bini mintak makan sedap bawak je.
Menangis aku sampaikan harini aku memang benci sangat sangat dengan akak ipar aku. Kalau balik rumah ayah dan mak mertua memang aku tak bertegur dengan dia bersalam lagi lah tak dia memang tak sambut salam aku. Ni tadi dia baru je bersalin dan suami aku cakap anak dia ada masalah. Walaupun dia buat macam macam dekat aku, Aku harap anak dia sihat walafiat seperti anak anak lain. Semoga ujian yang Allah bg ni dia sedar dan insaf lepas ni. Hide profile aku min. Terimakasih. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah.




