Assalamualaikum min. Tlg hide fb saya min… Saya seorg surirumah… Suami saya offshore mempunyai 3 orang anak. Kami sering ditinggal kerana urusan kerja… Pertama kali ditinggal agak kekok. Saya tidak mempunyai rumah sewa. Kami anak beranak duduk dengan parents suami. Mula2 ditinggal… Saya percayakan suami. Tapi lama kelamaan Allah tu nak tunjuk siapa suami saya yang saya percayakan 100% tak kan curang dengan saya kerana hadirnya anak2 kami…
Tapi saya silap min. Saya tengah pregnantkan anak ketiga ketika itu kandungan 5 bulan… Suami kantoi ade ber pm2 dengan budak perempuan. Ramai min… Isteri mana yang tak sebak bila tau mcm tu siap puji bagai. Saya sebagai isteri tak pernah dipuji cantik min… tak pernah sekali. Saya bertudung, saya kurus… Nak kata saya tak ada rupa saya ada rupa. Anak2 saya alhamdulillah comel min…
Suami saya mudah lafaz perkataan talak, lepaskan. Kami pernah bercerai ketika tu usia perkahwinan belum sebulan min… Sedihnya hati allah yang tau. Kami rujuk di pejabat agama… Lepas saya lahirkan anak kedua saya bermasalah. Sebab uri tinggal dalam saya dikerok untuk dapat kan uri saat tu suami tak ade min… Tengah laut. Saya tabah kan hati… Daa selamat semuanya saya dinasihatkan itu dan ini oleh doctor…
Anak kedua umur setahun saya mengandung lagi min Seram lahirkan yang kedua tak hilang saya dah mengandung… Pregnant yang ketiga saya panas dengan suami. Ada saja yang tidak kena… Suami lafazkan talak kali kedua… Tapi talak tak sah saya mengandung. Saya minta dia berjanji jangan main dengan talak lagi kalau sayang saya dan anak2… Tapi janji tu dia buat palsu min.
Hari demi hari saya semakin pendam apa jua… Dan doctor sahkan saya stress terlampau yang boleh mengakibatkan kemurungan. Dia lansung tak bagi kata2 semangat min… Tapi bila saya marah dia akan buat biasa je walaupun gaduh kat dalam whatsapp. Semalam dia marahkan saya balik rumah mak saya… Kami bergaduh dan saya tukar password fb dia. Dia mengamuk dan memaki hamun saya… Dan akhirnya dia kata nak lepaskan saya. Hati saya hancur sekali lagi… Saya daa tawar hati. Saya manusia bukan sampah…