Salam warga KRT. Sekadar luahan.Tolg hide profile saya ya min. Ceritanya begini, saya surirumah dan suami saya bekerja.Tapi sebelum tu suami saya bekerja di tempat lain. Dan pada bulan 9 kami telah berpindah tmpat tinggal dan suami juga berpindah kerja dekat dengan rumah sewa.. Pada masa yang sama bf adik saya telah dihalau dari rumah pekerja sebab dia telah berhenti kerja. Lepas tu dia minta suami tolong carikan kerja untuknya.. Suami saya bawa dia bekerja di tempat kerja yang sama dan bf adik saya pun menumpang dengan kami..
Untuk pengetahuan semua adik saya tu sudah mengandung 7 bulan hasil dengan bfnya dan semua urusan satu pun mereka belum buat. ibu bapa saya sudah tahu yang dia mengandung dan tinggal dengan kami. Bapa saya suruh adik saya balik kampung tapi dia tak nak.. Pada hujung bulan ni saya ada cakap elok2 dengan adik saya yang saya suruh dia balik kampung dulu urus masalah dorang, lspas tu saya suruh dorang urus surat kahwin tapi malah dia marah dan tidak hiraukan teguran saya.
Untuk pengetahuan semua, rutin adik saya stiap hari ialah, pagi dia akan sarapan selepas saja sarapan dia akan masuk bilik tidur, tidur sampai jam 1 hingga 2 petang bangun makan lepas tu dia akan sambung tidur. Suami saya ada tanya saya kenapa adik kamu tak pernah tolong buat kerja rumah? Memang selama kami sama2 tinggal smua kerja rumah saya yang bt dengan anak lg.. Dia lngsung tak pernah tolong.. Bab belanja pula.. Gaji husband saya tak sampai 1k dan setiap kali gaji, gaji akan habis untuk bayar sewa rumah, belanja anak dan keperluan di rumah..
Dan apabila belanja dah habis suami saya yang akan pinjam duit dengan bos.. Dorang ada beli barang tapi beli sikit sja tak smpai harga 50 ringgit.. Tapi makan sekali dengan kami.. Sekarang dorang dah pindah dan langsung tak bagi tau saya dan suami.. Mereka angkut barang pada tengah2 malam.. Beras yang suami beli dorang ambil dan tinggalkan sedikit ja.. Hari ini dah habis beras, setiap hari suami akan singgah putik pucuk ubi di tepi jalan.. Pampers anak pun dah habis terpaksa pakai lampin.. Ricecooker kami pun dorang rosakkan.. Saya dah call bagi tahu ibu bapa saya yang adik saya sudah tidak tinggal dengan kami lagi.. Doakan keluarga saya murah rezeki Amen.




