Salam min. hide profile min. Saya ada masalah lah min dengan 3 orang anak tiri saya. Anak tiri saya umur 11,10 dan 8 tahun.. anak2 tiri saya ni min dari kecik sampai 10 tahun dah biasa tinggal dengan nenek dorang.. lahh tahun ni baru nak duduk dengan saya dan suami kat rumah mak saya.. djadikan cerita min.. perangai2 anak2 tiri saya ni… dtegur.. saya juga disalahkan suami.
Saya diam perangai anak2 tiri ni menjadi2. saya juga yang dpersalahkan suami. suami bila dia kerja outstation haa anak2 tiri saya ni pandai pulak naik kepala.. bila suami ada kat rumah macam malaikat perangai min.. tu sebab susah sangat suami nak percaya dengan kata2 saya dan mak saya kalau saya sound dan ceta perangai2 anak2 dia ni.
Saya dah puas sangat kasi peluang dengan anak2 tiri saya ni. tapi tu lah. buat salah.. minta maaf. buat salah lagi. minta maaf lagi. hari2 macam ni min. macam nak naik gila saya min.. dorang buli2 kawan2 sekolah.. cikgu call nak berjumpa.. anak2 tiri sumpah2 cikgu kata cikgu b0doh.. cikgu call saya juga.. buli anak jiran. saya juga yang d call oleh jiran tuu.
Cukup malu saya min.. rasa nak bunnuh diri ada juga rasanya.. Oh ya.. Banyak kali juga saya bergaduh dengan suami tentang anak tiri saya ni.. Dan yang ter update ialah 5 jam ago.. Saya dah tak sanggup berhadapan dengan anak2 tiri berperangai bebbal macam tu min. Saya suruh suami pilih. Saya atau anak2 tiri saya.. Kejam kah saya min?
Untuk pengetahuan semua Saya dan suami ada dua anak kecil, yang pertama 2 tahun yang kedua 7 bulan kesian my babies sebab tengok mommy dorang jadi m0nster di sebabkan perangai anak3 tiri saya tu.. Dah di kata jangan di buat pulak.. Di kata buat, lahh dorang buat bodoh pulak. tolong min. kasi la saya idea macam mana lagi nak ajar anak2 tiri saya ni min.. Rasa dah fed up.. Saya rasa tak bahagia min.