Salam…ini kisah saya…
saya berkawin dengan isteri genap setahun lebih…perkhawinan kami adalah penyatuan dari kedua2 belah keluarga..sepupu isteri dan adik saya berkawan dan mereka mempertemukan kami berdua kami hanya berkenalan di dalam telefon selama 2 bulan..
Selepas itu keluarga saya bagitau niat untuk merisik dan kami berkunjung ke rumah bakal isteri saya dan mereka menetapkan tarikh nikah terus tanpa bertunang dari tarikh merisik hanya 3 bln sahaja.. Saya menerima seadanya dan anggap ia adalah jodoh kami..maka berlangsunglah perkhawinan kami…isteri saya masih tggl di kg sementara membantu ibunya berniaga bersama adik2 beliau…dia telah kehilangan ayahnya dan punca rezeki dr meniaga..
Tinggal bersama keluarga isteri adalah pakcik beliau iaitu adik ibunya yg bongsu ..beliau telah kmatian isteri dan tidak kahwen lg selepas itu dan menumpang tinggal di situ..umur pakciknya dalam lingkungan 50-an..beliau juga ada mengambil anak angkat perempuan berumur lingkungan 5 tahun yg dijaga oleh isteri sy sebelum ni..
saya bekerja di kawasan kuala lumpur dan ulang alik balik kampung atau isteri datang ke kl…namun sebagai suami eloklah kiranya isteri disisi suami kerana saya juga mampu utk menanggungnya dan ada tempat tinggal..jadi dia tidak perlu bekerja pun utk kami berdua makan…namun pergolakan muncul bila isteri datang ke kl dan tinggal bersama keluarganya pujuk suruh balik meniaga…susah nak jaga anak angkat…maka dengan itu isteri sebulan 3 kali balik kampung atau 2 kali sebulan balik…kos perjalanan lagi..tambang makan minum lagi…maka konflik kewangan wujud disini…bila nasihat jangan selalu balik sebab hidup baru nk stabil maka dipertikaikan…dia menuduh bahawa saya menghalangnya dari jumpa keluarga dia..jd waktu last sebelum dia balik terus adalah sewaktu saya kena demam denggi dlm 2 mggu dan bru boleh bangun maka dia bgtau mahu balik ke kmpung kerana ingin menyambut hari jadi ibunya dan adiknya…maka saya yg gagahkan diri hantar ke stesen bas beli tiket walaupun dlm keadaan lemah…
tarikh 29/1/2018 adalah tarikh dia balik ke kampung…kami tiada gaduh apa pun …dia salam dan peluk cium saya macam biasa…selepas itu saya hubungi dia bertnyakan bila hendak datang..dia bgtau tengok lah dulu…sedangkan suami dalam keadaan siksa di kl…nak keluar beli makan x larat…nak masak lagi la..selepas itu dia cakap xtau lagi nak datang atau x…saya cakap terpulang la…pada tarikh 7/2/2018 dia datang ke kl dengan keluarganya tanpa pengetahuan saya dn saya sudah mula bekerja…dia datang angkut semua pakaian…hadiah kawen dia buka semua dan angkut …barang2 dapur gula ..garam dan macam2 lagi dia angkut…tog gas…ini bukan berkira tapi ingin kongsi cerita…apa tujuan dia buat semua tu? Selepas itu saya balik kerja dan lihat semua bersepah saya tengok pakaian dalam almari licin dan semua brg2 lain…saya call dengan dia dan dia jawab sambil menangis..dia cakap keluarga dia suruh failkan penceraian…sy dan dia dah pegi kaunseling 3 kali naik mahkamah …jumpa pegawai suluh …tapi dia telah tukar no telefon dia…sedangkan dia masih lagi dalam ikatan…adakah itu tidak berdosa?? Mana lagi penting suami atau keluarga???dia jadi keliru…
kalau ikutkan dia menceroboh rumah saya dengan keluarganya…sy cuba kol sedaranya di kawasan klang dan dia maklumkan memang keluarga isteri dtg …dia xnk subahat sebab melibatkan rumahtangga…sekarang dari tarikh 29/1/2018 sehingga 5/6/2018 dia tukar no dan hidupnya selangkah dalam dosa…bernafas dalam dosa…adakah saya harus memberikan nafkah sedangkan dia yg melarikan diri…tanpa berita….adakah dia layak utk menuntut fasakh?? Dia juga isteri yang nusyuz…jika keluarganya tau tentang hukum hakam pasti mereka menegur anak mereka…mungkin sebab ayahnya sudah tiada maka pakciknya yg ingin jadi raja…dia lah punca semua masalah wujud…