Asalamualaikum.. ni kisah aku nak kongsi kan, dan aku tak peduli korang nak cakap apa.. kecam pun kecam lah. dah nasib aku dapat laki tak guna, setelah lama bertahan akhirnya kecundang juga selepas 9 tahun bersama. teringat pda suatu hari tu anniversary wedding kami.. dia tanya sayang nak hadiah apa? aku jawab aku tak nak benda lain apa2 hadiah selain nak abg tolong lah berhenti MER0KOK !! dalam seumur hidup aku tak pernah merayu macam tu kat seseorang.
Serius kalau abang berhenti mer0kok aku lah isteri yang paling bahagia d dunia ni. sepanjang perkahwinan balik2 itu saja lah yang aku minta dari dia.. Dia start merokok sejak aku mengandung anak sulung kami.. yah!! memang dia tak merokok depan aku. tapi lepas merokok dia datang peluk cium dengan bau yang masih tersisa di badan dia.. akhirnya anak sulung kami di sahkan menghidap asma sekarang dia dah 7 tahun and selalu rasa sedih bila tak dapat ikut sukan kat sekolah dia. sebab bila penat dia akan sesak nafas. aku masih bertahan dengan laki aku. yah konon demi anak2.. tapi. berbaloikah? bolehkah aku terus hidup sebumbung dengan lelaki pembawa penyakit ni?? ada jaminan kah anak kedua aku yang baru berusia 9 bulan ni selamat dari tabiat merokok ayah dia??
satu malam tu macam biasa lah lepas makan dia mer0kok kat luar rumah jadi aku sempat cakap nanti lepas r0kok please jangan dekat baby ye. jangan cium sebelum abang mandi and bersihkan dulu mulut tu. dan secara tiba2 pula dia naik angin! dan bermulalah perang mulut antara kmi yang aku malas nak cerita..
“KITA CERAI JELAH, AKU LEPASKAN KAU”
and thats it! just like that! lafaz cerai tu keluar dari mulutnya semudah dia menghembus asap ROKOK JAH4NAM tu.
and know what??
ALHAMDULILLAH!! YA ALLAH aku rasa kelegaan yang paling melegakan seumpama satu batu yang mnghempap aku selama ni di angkat. aku tak pikir banyak.. aku kemas barang2 baby dan anak aku dan barang2 aku jugak. start kereta trus Blah dari situ. Mata ni nak nangis pun macam tak boleh. sebab aku tak sedih! malahan lega! laki macam kau memang tak layak jadi suami.. ko selfish! ko pentingkan diri sndri. kau tak sayaangkan family kau. kau dah tau anak kau asma still tak boleh tinggal R0kok! sekarang.. kau hidup dan mat!lah dengan rpkok kau tu. sejak tu setahun dan berlalu..
Aku sekarang dah pindah kat sabah. family aku smua kat sini. dan aku dah kerja kat sini. Alhamdulillah.. anak2 aku smua okay. ex aku dia melawat anak2 kadang 3 bulan sekali je. peduli apa aku kalau ko tak melawat pun. aku blh hidupkan anak2 tanpa kau. mungkin semua kekuatan ni aku dapat dari kemarahan aku melihat sengsaranya anak aku mnghidap asma. setiap kali dia sesak, aku akan salahkan ayah dia! yaaa memang sebab dia lah!! R0KOK juga blh binasakan rumahtangga. Sekian