Assalamualaikum min. Tolong hide profile. Aku dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang comel. Aku bukan nak luah apapon cuma aku kesiankan bini aku. Sejak dia jadi ibu ni dia sensitif betul bab baby. Maksud aku sensitif ni dia tak boleh dengar kalau ada berita bab baby kena dera, kena buang ke apa. Dia menangis macam anak dia yang kena dera.
Pernah sekali isteri sepupu aku men!nggal lepas bersalin, seminggu isteri aku sedih susah nak tidur. Dia duk teringatkan baby sepupu aku tu min. Dia fikir macam mana la baby tu menyusu. Aku banyak kali nasihatkan dia supaya jangan ikutkan hati sangat tapi dia kata bukan dia mintak jadi macam ni. Sejak akhir2 ni banyak sangat berita pasal baby kena dera sampai dia takut nak tengok berita ke, buka fb ke.
Isteri aku ni memang suka sangat budak-budak sampaikan anak saudara dia pon dia ajar panggil dia ibu. Kat rumah aku nak tengok cerita ke apa kalo ada je baby mesti dia cepat-cepat alih. Last-last aku layan didi and friends jela ngan anak aku. Isteri aku ni budak pandai, ada master lagi tapi dia pilih untuk jadi surirumah sebab dia tak nak berpisah dengan anak. Pernah jugak dia beritahu aku yang kalo ada rezeki dia nak mengasuh baby, dia cakap kesian mak baby nak kerja tapi takde yang nak mengasuh.
Aku tak marah cuma aku kesian takut dia penat. Jaga baby ni bukannya senang. Dia cakap takpe la penat asalkan baby selamat. Ini tak hantar rumah pengasuh ada yang kena dera la apa la. Satu lagi bini aku ni kalo keluar pergi mana2 mesti elak tempat yang ada baby. Pernah sekali dia nampak satu keluarga naik motor sambil bonceng baby Dia menangis dalam kereta aku ingatkan apa rupanya dia cakap kesian baby tu, kalo hujan macam mana. Aku tepuk dahi je min. Aku tak tau dah nak nasihat macam mana isteri aku ni. Aku bukan apa, kesian tengok dia tetiba nangis. Sekian. Luahan seorang suami kepada isteri yang sensitif




