Asalamualaikum.. nak tanya kat mak cik bawang dalam ni..tak cukup lagi ka pengorbanan seorang suami selama ni… aku seorang suami.. aku kerja sendiri ja.. aku jaga anak dari umur anak aku 2 tahun sampai 6 tahun sekarang.. isteri aku kerja tak ada masa kat kami.. balik kerja tidur jaga pergi kerja pula.. aku tak kisah semua aku urus sendiri.. mengemas rumah, basuh baju, masak, jaga anak… kira semua aku buat.. isteri aku bangun tidur main telefon makan pergi kerja.. aku kerja kadang2 aku bawa anak sekali.. biar la anak tahu macam mana bapa dia cqri duit..
isteri aku kalau tak kerja duduk denga telefon ja.. apa satu kerja pun tak buat.. aku diam.. aku tak kata apa.. mungkin dia letih.. aku ja buat.. satu malam dia ada telefon laki mana entah dalam fon aku sedar.. tapi aku hanya berlakon tidur menitis air mata aku entah la nak ckap macam mana.. aku diam ja.. aku tak tanya apa2 hanya aku diam dalam tangisan.. tiap2 malam dia cating je aku akan berlakon tidur aku akan dengar ape yang dia gayot.. hanya Allah je tahu ape perasaan aku masa tu..
last2 dia kantoi juga Gan aku.. aku dah tak tahan sangat dengar. aku bangun dan tanya sapa dia dok fon.. dia merayu aku.. minta maaf, lama2 aku maaf kan dia juga dia kata tak nak buat dah… aku tak kuat tapi aku gagah kan juga bila melihat wajah anak aku… 3,4 bulan pastu aku jumpa pula hendfon kedua bini aku. aku baca apa dalam fon tu aku tersentap lagi.. aku tengok tarikh yang dia kata tak nak berhubung dah dengan laki tu baru lagi.. aku diam je.. apa pun aku tak kata kat bini aku.. aku jadi tawar hati nak sembang pun tak berkata kata.. aku kuat kan juga tiap2 hari aku pandang muka anak aku harap aku boleh bertahan…
Aku tak cakap sangat dengan isteri aku, aku banyak diam.. lama aku diam last isteri aku pergi mahkamah dia nak tuntut cerai… dia kata dah tak ada hati kat aku.. aku pujuk rayu pun dah tak makan.. aku sanggup lupakan apa yang dia pernah buat kat aku.. aku nampak muka anak je bila pergi mahkamah hari pertama kes kami di bicara.. tak terjawab apa yang orang konseling tu tanya kat aku.. nak lepas ka tak? aku tak terkata2 hanya itifar ja kat mulut aku… aku sayang keluarga kecil aku ni aku nak sangat pertahankn perkahwinan ni…
untuk pengetahuan semua aku bukan seorang yang panas baran isteri aku buat salah apa pun aku tak pernah pukul dia jentik pun tak pernah… aku sayang kan family kecil aku ni.. selalu aku cakap kat anak aku dia nak dok dengan sapa kalau kalau ayah dengan mak tak boleh duduk sekali dah.. dia akan ckap nak duduk dengan ayah dan mak sekali la.. sebak hati aku bila aku dengar anak aku ckap macam tu… aku dah cuba akan terus cuba untuk petahan kan rumah tangga aku.. salah kah aku tak mau melepaskan isteri aku kalau dia dah mintak cerai??