Salam min, tolong siarkan cerita saya. Saya dalam dilema. minta jasa baik beri nasihat yang baik2 yang murni2 ye.
Saya kenal dengan suami orang ni dalam program MLM kami berdua first time masuk MLM. dia boleh di katakan ahli perniagaan yang berjaya, dan saya juga merupakan usahawan kosmetik yang berkejaya juge. Tercetus masalah apabila si suami orang anak tiga ni jatuh miskin akibat terbenam kesemua duitnya dalam MLM tersebut. dia melabur banyak. sehingga habes duit simpanannya. Isterinya suri rumah. segala nafkah kelengkap, suami dia sediakan. happy sangat rumahtangganya dulu tanpa masalah kewangan, mereka tak pernah hidup susah.
Allah tu nak duga apabila suaminya tersilap langkah lalu jatuh miskin serta merta. isteri dia tak dapat terima kenyataan lalu meminta cerai kerana hutang suami terlalu banyak. bila suaminya jatuh miskin mereka dah mula tak serasi. bermulalah kisah kami berkenalan apabila suami dia meminta pinjam duit dari saya berjumlah rm100k dan mohon bekerja dengan saya, gajinya akan di bayar tolak hutang secara bulanan , perniagaan saya ketika itu tidak lah berkembang maju tapi hasil usaha dan kesungguhan suaminya (kini sudah jadi duda) dia bantu business saya sehinggalah maju.
Dia selalu ambil anak luang masa bersama kadang2 minta tolong saya jagakan anak2 dia , kami mula jadi rapat sebab anak. hak penjagaan jatuh kepada isteri dia sebab anak masih lagi kecil 6 tahun, 5 tahun, 3 tahun lelaki. Ketika bekerja dalam diam duda anak dua ini menaruh hati dan perasaan , ajak saya kahwin memandangkan saya masih bujang lagi. susah untuk saya menerima pada awalnya, yang pertama sebab hutang dia terlalu banyak yang kedua sebab dia berstatus duda anak tiga.
Setelah setahun dia berpisah dengan isterinya dan memikat hati saya, akhirnya kami diijab kabulkan. saya ikhlas terima segala kekurangannya. saya berikan share company selepas dia berkahwin dengan saya. bagi permudahkan urusan dia. setiap bulan dia hanya bayar hutang rm10k, dan saya bantu bayar rumah, kereta saya dan dia, nafkah anak2 dia rm1000 seorang. segala tanggungjwb suami saya yang pikul, saya tak pernah terima nafkah dari suami saya sendiri. tapi saya tak kesah dan tak berkira bab duit, anak2 dia baik dgn saya. kami rapat dulu. bahagia sekejab.
Saya tertekan apabila bekas isterinya datang kembali goda suami saya, mesej suami saya bercerita hal kelamin bersama dulu, dia bercerita buruk tentang saya pada keluarga mertua saya saudara mara, fitnah saya konon saya bermain cinta dgn suami dia dulu , konon saya perampas, vavi sondol, sebab tu suami dia taknak rujuk dia .
konon saya beli suami dia dengan rm100k , beli anak2 dia. konon bomohkn suami dia, dan semua PERCAYA, bermacam2 fitnah yang diberikan. sehingga keluarga suami saya benci saya. dia buat anak2 suami saya benci pada saya juga. cerita yang tak betul yang dibuat2 Penat suami saya explain pada dia yang saya tak ade kene mengena dgn keretakan rumah tangga mereka dulu.
Bekas isterinya kata suami dia bukan lah kaki perempuan, baik, bekas isteri dia adalah cinta pertama suami dia, suaminya setia hujung nyawa pada dia, tapi sejak kehadiran saya suaminya berubah sehingga nak rujuk demi anak2 pun tak nak. dia takb oleh hidup menyendiri. jadi dia perlukan suami dia kembali. Ya Allah, suami saya minta saya bersabar jangan terasa hati, walau apa berlaku dia tetap tidak akan kembali kepada bekasnya semula.
tapi ada perkara yang saya tak dapat terima apbila bekas isteri dia mesej saya buat pengakuan seteleh mereka bercerai genap setahun dalam keadaan 2 bulan sebelum kami berkahwin dulu mereka telah terlanjur ketika itu bekas isterinya minta rujuk tetapi suami saya tak rujuk. tapi mereka terlanjur. hancur hati saya min. bila bukti2 gambar bekas isteri dia beri pada saya.
Dua tahun dah rumah tangga kami. macam2 yang saya tempuh. saya dah tawar hati. suami saya pula mengaku hal itu dia kata dia tak tahu macam mana hal itu boleh berlaku. bodh lah saya jika saya percaya. Demi Allah min saya tak kuat, saya tak tahu macam mana nak layan anak dia baik dalam keadaan anak dia panggil saya ibu vavi, tak nak cium ibu jijik sebab mak tak bagi. Allahu.
Saya penat nak hadap semua ni. Saya berkorban segalanya, bantu permudahkan urusan suami saya, bantu bekas isterinya bagi nafkah anak. ini yang saya dapat. Demi Allah saya tak masuk campur hal rumah tangga mereka dulu. saya tak kenal pun suaminya ketika mereka dalam proses penceraian. bukan salah saya apabila bekas suaminya suka pada saya dan tak nak rujuk kembali. Patut ke saya dibenci masyarakat sekeliling? Oh ya masyarakat sekeliling tak tahu suami
saya berpisah ketika itu tahu2 setahun
kemudian kahwin lain update fb sehinggakan ada yang berkata saya bini no dua. suami saya pula sedikit pun tak explain biar masayaarakat salah faham. sebab suami tak suka cerita hal rumah tangga pada umum. tambah cerita bekas isteri yang dibuat2 akan ramai makcik makcik bawang percaya. jadi saya lah teraniaya. orang akan pandang serong pada saya.
Kadang2 saya rasa nak minta cerai pada suami saya. Pening dgn masalah yang berlaku. Saya tak kenal bekas isteri dia dan dia pun tak kenal saya. tak habes2 menganggu hidup kami. Allah berat sangat ujian ini . Persoalannya Perlukah saya bercerai jika jalan ini yang terbaik buat saya? Satu lagi saya perlukan komen dari Mr Firdaus Sayaakirin harap dia baca luahan hati saya. Tq admin




