Salam Admin & warga KRT semua. Please mintak share pendapat. Aku dah kahwin anak 3. Suami aku baik2 saja. Kerja kontraktor. Aku surirumah. Masalahnya suami aku kerja tengah panas tiap2 hari min. Makin lama makin ireng bak kata org jawa. Aku tak ade masalah. Memang aku jenis suka yang hitam manis ni. Tapi sebelum kahwin manis. Dah kahwin ni terlampau manis pulak. Family aku selalu perli2 bila kami datang Aku makin lama makin cerah Laki aku makin di orang tak berape nampak. Dia orang kate aku ambik seri laki aku min. Adoii. Malu aku.
Pernah haritu kitaorg ramai2 buat birthday surprise untuk mak aku. Biasalah birthday mesti kene tutup lampu. Bila tutup lampu je datang la kami adik beradik bagi kek lilin dekat mak. Tiba2 kedegang bunyi pinggan jatuh. Rupanya anak buah aku min lari2 tak nampak abang aku dia langgar then abang aku nak elak dia terlanggar pinggan atas meja. Nasib baik pinggan plastik. Jangan kate family aku, aku sendiri pon kalau malam2 tutup lampu nak tido tak nmpak laki aku. Aku ni spesis rabun jauh gak. Bila tido kenelah buka spek. Time malam abang aku kadang2 OT baru balik rumah masuk bilik tukar baju. Pakai tuala nak mandi. Aku terjaga nampak tuala terapung aku menjerit ingatkan jelmaan mana masuk bilik aku min Ya Allah Laki aku rupanya.
Dia ni pulak spesis lelaki yang pantang pakai brg2 pempuan ni. Macam aku suruh pakai bedak sikit ke.. Masker ke memang tak kan disentuhnya. Katenye macam pempuan. Masa mandi berjemaah adelah aku sental sikit daki2 bagi putih kalau boleh. Tapi mane maunyaaa. Harini sental esok ada lagi. Kawan2 aku selalu tanya laki tu mamak ke? Aku malas nak layan aku selalu ye kan aje. Walau macam mane pon ireng pon makin hari makin aku syang gak. Nak minta tips pemutihan yang boleh aku buat tanpa laki aku tau. Ha3. Tak dapat cerah macam aku, dapat manisnya balik pon jadilah. Hehe.. Thanks